Seorang individu meluahkan rasa kesal apabila rasa dirinya seolah-olah tertipu dengan pempengaruh popular yang dikatakan tidak berpegang pada janji.

Menurut individu itu, pempengaruh berkenaan menjanjikan pemberian telefon pintar jenis iPhone 15 kepada 30 orang pembeli terawal minyak wangi yang dijualnya menerusi segmen ‘LIVE’ di TikTok.

BERITA TRENDING: Dituduh Beri Harapan Palsu Kepada Pengikut, Aisar Khaled Mohon Maaf

Namun, apa yang mengecewakan individu tersebut adalah apabila dirinya tidak diberikan sebarang telefon pintar walaupun berada dalam kalangan 30 pembeli terawal.

“Masa aku beli perfume dia ni tengah Live, masa tu dia belum buka beg kuning lagi, dia cakap “Saya akan buka beg kuning saya, untuk 30 orang yang terawal beli perfume akan dapat percuma iPhone”.

“Kita saja cuba-cuba, bukan saya nak cakap saya tak mampu beli iPhone, saya pun pakai iPhone, tapi saya nak buktikan adakah dia ni betul ataupun tidak? Dan sekarang saya ‘unboxing’ mana iPhonenya?!” getusnya.

Sementara itu, individu berkenaan pada akhir entrinya sempat menyatakan bahawa tujuan utamanya membeli minyak wangi pempengaruh itu adalah kerana mahu mengetahui sama ada apa yang dijanjikan sebelum ini benar ataupun palsu.

“Sekarang ni tujuan saya beli perfume ni untuk saya tengok adakah betul ataupun tidak apa yang awak cakap,” jelasnya.

Sekadar info, pempengaruh itu terkenal dengan sikap murah hati seperti memberikan motosikal dan wang tunai kepada orang ramai yang memerlukan.

Sumber: Platform X