,
Berita

PM Umum Kerajaan Laksana Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Sekitar RM4 Bilion

Gempak
21/05/2024
15:16 MYT
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel dengan jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.

Tak Melibatkan Pengguna Sabah & Sarawak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel itu hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, hal ini kerana hampir setiap keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel bagi kenderaan untuk kegunaan harian mereka.

“Justeru di Semenanjung, bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan, kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel.

“Ini melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), termasuk pengusaha bas dan teksi. Malah, kerajaan juga akan terus memberi subsidi diesel kepada kategori nelayan tertentu,” katanya berucap pada Perutusan Negara disiarkan secara langsung malam ini.
Anwar berkata, kebajikan rakyat akan terus terpelihara bagi menangani kos sara hidup.
“Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.
“Bantuan tunai ini pastinya tidak memanfaatkan golongan T20,” katanya.
Sumber - Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Paetongtarn, PM Thailand termuda

gempak
21/08/2024
06:55 MYT
Pada usia 37 tahun, Paetongtarn Shinawatra menjadi Perdana Menteri termuda Thailand dan wanita kedua yang dilantik ke jawatan itu, selepas ibu saudaranya Yingluck, lapor BBC.
Berita

Meta Mohon Maaf Turunkan Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh

gempak
06/08/2024
04:55 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf susulan penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lepas.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.
Berita

Harga Runcit Telur Gred A, B, C Diturunkan 3 Sen

gempak
17/06/2024
08:21 MYT
Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.