Filem

Tarik Tumpuan Dunia, The Experts Ditayangkan Di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024

Gempak
14/06/2024
05:05 MYT

Filem aksi terbaharu dari Malaysia terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun. Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China.

The Experts menjadi antara filem pilihan untuk segmen tersebut, sebaris dengan filem-filem dari luar antaranya Sima’s Unfinished Narration dari Iran, Pictures of Ghost dari Brazil, Matryoshka dari Jerman, Children of the Sea dari Jepun dan Nasty dari Itali.
Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) merupakan salah satu festival filem terbesar dan paling berprestij di Asia Timur. Mula diperkenalkan pada 1993 dan ia diadakan setiap tahun di Shanghai, SIFF menayangkan pelbagai filem dari seluruh dunia, termasuk filem cereka, dokumentari, dan filem pendek. Festival ini terkenal dengan beberapa segmen menarik, seperti Anugerah Golden Goblet dan Anugerah Bakat Baru Asia, di mana ia mengiktiraf pencapaian cemerlang sinema global.
Menurut Penerbit Eksekutif The Experts dan juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami rasa berbesar hati dan teruja untuk mempersembahkan filem The Experts yang mewakili Malaysia di pentas berprestij seperti Shanghai International Film Festival. Pencapaian ini mengukuhkan maklum balas penonton sebelum ini yang merasakan The Experts memiliki kualiti produksi yang tinggi dengan jalan cerita universal. Peluang sebegini pastinya menjadi pemangkin buat kami serta pengkarya seni tanah air untuk terus mempersembahkan naskhah-naskhah hebat dari Malaysia kepada penonton di seluruh dunia."
Terdahulu penonton tempatan berkongsi respon positif serta memuji kualiti produksi The Experts dan menyamakan dengan filem-filem besar antarabangsa selepas menonton.
Antara komen adalah, dari @SyuhadaNordin “Siapa yang suka tengok Money Heist tu, korang kena tengok The Experts, sumpah level international movie” ; @AlifKelana “Bagi saya filem ini betul-betul level Hollywood. Kalau siapa pernah tengok filem ’Ocean Eleven’ lebih kurang jalan ceritanya, Cuma ini di Malaysia”; @aniqhamka “Local movie but level international 5/5 for The Experts movie”; @Kwong_13 “The Experts movie ni memang lokal movie yang berkuliti sebagai international movie”; @DuniaWayang “Done tengok filem The Experts, filem yang ada vibes Hollywood seperti James Bond dan Mission Impossible dan filem Hong Kong”.
Filem The Experts lakonan mantap Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin dan ramai lagi masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. ‘The Experts’ mengisahkan sebuah keluarga lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga.
Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: Komedi Romantik Hingga Ke Genre Aksi, Ini 5 Watak Ikonik Aaron Aziz Yang Paling Diingati Peminat Sehingga Kini!

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok

ARTIKEL BERKAITAN: Transformasi Gaya Rambut Syafiq Kyle Mengikut Filem & Drama, Mana Satu Paling Onz?

ARTIKEL BERKAITAN: Penggemar Filem, Ini Top 5 Filem Bergenre Rompakan Yang Best, #5 Korang Wajib Tengok!

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Viral

Ini Senarai Bilik Kebal & Peti Besi Paling Selamat Di Dunia, #5 Tu Sedang Kena Aim!

gempak
17/06/2024
09:55 MYT
Bila melibatkan penjagaan barang berharga, pasti kita akan memilih tempat persembunyian yang paling selamat antaranya peti besi.
Filem

Lima Filem Dengan Plot Twist Mindblowing, Yang Last Tu Memang Fuh, Nervous!

gempak
16/06/2024
15:53 MYT
Tidak dinafikan filem yang mempunyai jalan cerita menarik akan menjadikan naskhah itu digemari oleh pencinta filem.
Filem

Siapa Kata Perempuan Tak Cekap Memandu? Ini 5 Filem Dengan Karakter ‘Lady Driver’ Yang Harus Ditonton… No. 5 Tu Memang Sempoi!

gempak
15/06/2024
09:55 MYT
Sebut sahaja tentang pemanduan, pasti ramai yang skeptikal dengan kemahiran memandu wanita.