Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ibu & Bapa Restu Andai Aliff Aziz & Ruhainies Berjodohan? - "Jika Itu Yang Terbaik, Kita Aminkan"

Amri Hassan
23/06/2024 00:55 MYT
Ibu kepada selebriti sensasi Singapura, Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil sekali lagi tampil bersuara susulan dakwaan ingin mengahwinkan anak lelakinya dengan Ruhainies.

Kali ini, Siti Hafiza yang merakamkan video bersama suaminya tidak menolak seandainya Aliff dan Ruhainies berjodohan.

"Ada yang cakap kita nak kahwinkan anak di selatan Thailand. Apa-apa pun jika itu yang terbaik, kita aminkan. Ramai yang mendoakan ni, masya-Allah.

"Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan penceraian itu semua Allah yang tentukan? Bersabar, okey!" ujarnya dalam video yang dirakamkan di dalam kenderaan itu.

BERITA TRENDING: Didakwa Cadang Jadikan Ruhainies Menantu, Ini Respons Ibu Aliff Aziz

BERITA TRENDING: “Kami Juga Memohon Maaf Atas Kekhilafan Anakanda Kami Yang…” - Ibu Aliff Aziz Akan Terus Nasihat Hingga Tutup Mata

BERITA TRENDING: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Syariah?

Dalam masa sama, Siti Hafiza memohon agar mana-mana pihak tidak terus membuat spekulasi atau menyebarkan fitnah terhadap keluarganya.

"Past few days, panas sangat handphone I, sampai meletup-letup. Terbaharu, masya-Allah. Berita tentang kita nak kahwinkan anak di Selatan Thailand ya, kita pun tertanya juga siapa yang temu bual saya eh?

"Cukup-cukuplah, kita maafkan semua yang berjuang keluarkan cerita-cerita yang macam ini. Tergelak kita," katanya tenang.

Terdahulu, Siti Hafiza tampil memberikan respon susulan timbul dakwaan dirinya mahu mengahwinkan Aliff dan Ruhainies di Thailand.

BERITA TRENDING: “My Middle Name Is Your Karma & Pesanan Awak Sudah Dihantar” - Sarah Yasmine Puas Hati Ruhainies Terima Balasan?

Pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.

Sumber: IG Siti Hafiza
#Kahwin #Viral #Aliff Aziz #Ruhainies #Singapura #Siti Hafiza
;