,
Hiburan

Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan

Maliah Surip
26/05/2024
09:55 MYT
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.
Apa yang mencuri perhatian, Ziana dengan bersahaja dilihat bersembang bersama bapa yang disifatkan menjadi penyokong tegar dan tulang belakang perjuangan seni di hadapan lebih 4,000 peminat yang membanjiri Mega Star Arena.
“Macam mana baju, cantik tak Abah?”katanya disambut derai tawa peminat.

BERITA TRENDING: “Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain

Menurut pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain, bapanya merupakan seorang yang begitu menitik beratkan penampilan beliau sebagai seorang penghibur.
“Masa nak mula konsert pun abah tanya ‘siapa make up’? Bukan tanya saya okay ke tak?”katanya lagi sambil ketawa.

Bapa uzur

Menurut Ziana, bapanya tidak dapat hadir ke konsert kerana sudah uzur.

“Abah sudah 86 tahun dia sudah uzur tapi tak pernah lupa sokong anak-anak. Mak juga buat solat hajat untuk konsert ini berjalan lancar,” jelas Ziana.

Ziana yang mendendangkan 20 buah lagu juga berkali kali berpesan kepada peminat agar sentiasa mendahulukan kedua ibu bapa dalam kehidupan.
“Saya mungkin sudah 56 tahun tapi saya tetap masih cari ibu dan bapa untuk semua perkara.
“Restu mereka penting. Ingat ibu bapa,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Ziana Zain Sebak Dengar Ucapan Anak - “Jangan Risau Mama, Kami Adik Beradik Ada…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.