Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam - "Saya Tak Ada Wang Ringgit, Tapi Saya Ada Allah"
Amri Hassan
26/06/2024 00:45 MYT
26/06/2024 00:45 MYT
Bekas pembantu kepada usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani akan meneruskan perjuangan biarpun tanpa bantuan peguam.
Jelas Melati menerusi hantaran di media sosialnya, dia yang tidak berkemampuan akan menyerahkan segalanya kepada Allah.
"Saya memang tak ada wang ringgit untuk mengupah peguam pada Khamis ini. Saya akan berjuang tanpa peguam.
"Saya memang tiada apa sekarang tapi saya ada Allah. Apa-apa keputusan pada Khamis ini saya hanya berserah pada Allah. Laa Haula Wa Laa Quwatta Illa Billah. Semoga dipermudahkan amin," tulisnya.
Sementara itu, peguam mewakili Aliff dan Shahida akan meneruskan tindakan penghinaan mahkamah oleh Melati dan akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam secara fizikal pada Jumaat ini.
Malah pihak Aliff juga mahu Melati dikenakan hukuman penjara.
Untuk rekod, pada 29 Mei lalu, Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu.
Jelas Melati menerusi hantaran di media sosialnya, dia yang tidak berkemampuan akan menyerahkan segalanya kepada Allah.
"Saya memang tak ada wang ringgit untuk mengupah peguam pada Khamis ini. Saya akan berjuang tanpa peguam.
"Saya memang tiada apa sekarang tapi saya ada Allah. Apa-apa keputusan pada Khamis ini saya hanya berserah pada Allah. Laa Haula Wa Laa Quwatta Illa Billah. Semoga dipermudahkan amin," tulisnya.
BERITA TRENDING: Masih Degil & Ego, Aliff Syukri Enggan Beri Peluang Lagi Pada Bekas Pembantu Peribadi - "Sekarang Baru Sedar Langit Tinggi Atau Rendah"
Terdahulu, Aliff meluahkan rasa syukur menang saman fitnah yang difailkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida terhadap bekas pembantu peribadi mereka iaitu Melati.Sementara itu, peguam mewakili Aliff dan Shahida akan meneruskan tindakan penghinaan mahkamah oleh Melati dan akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam secara fizikal pada Jumaat ini.