Hiburan
"Yang Sebelah Sana Nak Buat Drama, Sinetron Terdesak Lantak Dia ..." - Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri
Pembantu peribadi usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri, Melati Abdul Ghani memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Menurut Melati, dia ingin memberi tumpuan kepada bisnesnya yang sedang dilimpahi dengan tempahan.
"Saya tak nak buat apa-apa penjelasan. Saya tengah sibuk dengan tempahan yang masuk terlampau banyak. Jadi saya nak fokus dulu dengan tempahan.
"Yang sebelah sana nak buat drama, nak buat sinetron terdesak, lantak dia la," katanya menerusi Instagram Stories.
Tambah Melati, dia menegaskan tidak pernah memanggil dengan panggilan kesat seperti yang didakwa.
"Sejak bila saya panggil dia macam tu. Ni sekarang siapa fitnah siapa ni! Nauzubillah," tulisnya.
Semalam, Shahida meluahkan rasa terkilan terhadap Melati yang sanggup memburuk-burukkan mereka sekeluarga.
Selain itu, Shahida turut mendakwa Melati memanggilnya dengan pelbagai gelaran tidak enak seperti ‘Si Bodoh’, ‘Ustazah Jadian’, ‘Betina’ dan lain-lain panggilan buruk.
Must-Watch Video