,
Viral

Miza Ozawa Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Bulan

Gempak
24/06/2024
08:06 MYT
Seorang peniaga 'ubat kuat' dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Isnin atas kesalahan mencari langganan bagi maksud persundalan menerusi aplikasi Telegram atas nama 'Miza Ozawa', tiga minggu lalu.
Siti Amiza Baharuddin, 27, yang hamil enam bulan, dikenakan hukuman itu selepas kekal mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Shahrul Rizal Majid.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkapan iaitu 6 Jun.
Pada Rabu minggu lalu, ibu tunggal itu mengaku bersalah melakukan kesalahan terbabit di sebuah unit kondominium di Bukit Mahkota Kajang pada jam 4 petang, 6 Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pada tarikh kejadian, pihak polis membuat serbuan di lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit tertuduh mendapati, ia digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menerusi media sosial.

"Saya mahu jaga anak (dalam kandungan) dan perlu menanggung ibu yang mempunyai penyakit Hepatitis B...

Semasa prosiding, Siti Amiza mengaku insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan terkutuk di masa hadapan, kerana mahu memulakan kehidupan baharu.
"Saya mahu jaga anak (dalam kandungan) dan perlu menanggung ibu yang mempunyai penyakit Hepatitis B malah saya tidak boleh berada dalam keadaan tertekan," katanya dalam nada sebak.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Afiqah Abdul Ghaffar mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan yang dibuat akan meningkatkan risiko penyakit kelamin dalam masyarakat.
Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, hakim menasihati tertuduh supaya tidak mengikut nafsu dan menjadikan kes ini sebagai pengajaran.
Hakim: Awal asal dari mana?
Siti Amiza: Saya berasal dari Pulau Pinang.
Hakim: Lepas ini nak buat apa?
Siti Amiza: Saya nak buka kedai makan.
Hakim: Di mana?
Siti Amiza: KL (Kuala Lumpur) tuan.
Hakim: Kenapa di KL?
Siti Amiza: KL senang nak cari makan, tuan.
Hakim: Keluarga ada di sinikah?
Siti Amiza: Keluarga ada di Pulau Pinang, di sini cuma kawan-kawan.
Hakim: Kawan tak boleh pakai, balik Pulau Pinang, itu pun kalau betul nak jaga anak.

Dipenjara Dua Bulan

Dalam Rabu minggu lalu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhi wanita itu hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat terlarang tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi, waktu dan tarikh sama.

BERITA TRENDING: “Kalau Kita Dah Mula Bangga & Support Maksiat, Maksudnya…” - Ustaz Adnin Tegur Orang Sanjung ‘Hot Daddy’

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki bahan lucah dalam komputer riba dan tiga telefon bimbit miliknya yang didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

​BERITA TRENDING: Maria Ozawa Terkejut Masuk Dalam Buku Sekolah Di Indonesia Bersama Foto Haiwan, "Saya Tak Salah"

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, dia dituduh memiliki ubat tanpa kelulusan dan tidak berdaftar dengan KKM iaitu masing-masing dua Secret Negro dan Dara Jelita yang didakwa melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Akta Jualan Dadah 1952.

​BERITA TRENDING: Hamil 6 Bulan & Hidap HIV, 'Miza Ozawa' Mengaku Cari Pelanggan Bagi Maksud Pers*ndalan

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda tidak lebih RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

​BERITA TRENDING:Anda Boleh Didenda, Dipenjara Jika Miliki Kandungan Berbentuk Lucah!

Jumaat lalu, media melaporkan seorang wanita ditahan di Bandar Bukit Mahkota di sinu, selepas disyaki terbabit aktiviti promosi seks dan penjualan 'ubat kuat' di laman sosial, dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

gempak
28/09/2024
16:00 MYT
Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Berita

Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia Setinggi 10 Meter Hujani Kenderaan

gempak
27/09/2024
04:25 MYT
Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter.
Hiburan

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, Dua Sebatan

gempak
27/09/2024
03:58 MYT
Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, pada dua tahun lalu.
BorakSeeni