Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi ..."

Umirah Halim
26/06/2024 00:03 MYT
Pemilik kenderaan jenis Volkswagen Beetle putih yang tular video paip sisa makanan bocor di ruang parkir sebuah pusat beli-belah baru-baru ini, Eyera Azlan tampil menceritakan detik malang yang dialaminya.

Kereta berbau masam

Kata Eyera, ketika kejadian dia terkejut dan panik apabil melihat air berbau masam daripada paip yang bocor itu mencurah-curah pada bumbung keretanya.

"Masa saya sampai ke parking saya terkejut tengok kereta saya, macam speechless sekejap.

"Ketika menunggu pihak pengurusan bertindak, mereka suruh isi complain form dan menceritakan secara terperinci apa yang telah berlaku dan sebagainya.

"Kemudian, ada antara wakil pihak pengurusan yang cuba pakai payung masuk ke dalam kereta sebab nak hantarkan ke bawah pusat cucian kereta sebelum tutup.

Berita Trending: Tidak Gah Seperti Dahulu, Suasana ‘Disneyland Malaysia’ Didakwa…

Berita Trending: Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak…

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Setakat ini tiada maklumat diperoleh tentang mengapakah bapa Zayn dibawa le lokasi berkenaan bersama

"Disebabkan tindakan membuka pintu kereta itu jugalah, mungkin ada percikan air yang masuk sampaikan kereta saya berbau masam sampai sekarang," katanya kepada Gempak.
undefined Eyera menegaskan paip yang bocor itu bukanlah paip kumbahan seperti yang ditularkan warganet sebelum ini, sebaliknya ia merupakan saluran paip sisa makanan pusat beli-belah yang terletak di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur itu.

Selain kenderaan miliknya, terdapat juga kenderaan lain yang mengalami nasib malang akibat paip bocor itu.

Tawarkan cuci kereta percuma setahun

Melanjutkan bicara, pihak pengurusan pusat beli-belah itu hanya bertindak selepas tular videonya di media sosial.

"Pihak pengurusan (pusat beli-belah) ada meminta maaf terlebih dahulu pada hari kejadian. Saya juga ada menghantarkan email kepada mereka melalui website tetapi tiada jawapan sampailah video saya viral, barulah saya terima mesej daripada mereka melalui DM di TikTok.

"Buat masa sekarang, ia masih dalam proses perbincangan dan kita tunggulah apa pihak pengurusan boleh buat.

"Saya tak minta apa-apa lagi. Mereka ada tawarkan nak bagi saya servis cuci kereta secara percuma selama satu tahun. Tapi saya tinggal di Damansara, takkanlah saya nak pergi ke pusat beli-belah itu semata untuk basuh kereta? Nak kena bayar parking lagi.

"Lepastu berapa banyak kali pula saya nak basuh kereta dalam satu tahun tu, jadi saya rasa tak adil," tambahnya lagi.

Berita Trending:Jangan Salah Orang, Suami Siti Jamumall Tiada Kaitan Dengan Iklan Tular! Ini Asal…

Berita Trending: Ruhainies Minta Tolong Netizen Pantau Individu Sebar Fitnah & Reka Cerita - “Saya Mohon…

Trauma masuk parking

Susulan kejadian itu juga membuatkan Eyera trauma hingga lebih rela menaiki kenderaan e-hailing seandainya ada keperluan mendesak untuk ke pusat beli-belah itu lagi.

"Saya trauma dah bila nak masuk parking, saya akan tengok sekeliling okay ke tak okey dulu sebelum parking.

"Jumaat ini saya ada dinner reservations sempena hari jadi saya pada 24 Jun lalu, jadi saya perlu sekali lagi ke pusat beli-belah itu.

"Saya sudah maklumkan pada kawan-kawan sayua yang saya hanya akan naik Grab, tak nak drive. Rasa tak nak masuk dah parking sana," ujarnya.
#makan #Kereta #Volkswagen #Masam #Kepam #Cuci #Bocor #Parking #Sisa #curah #'mall #paip
;