All Together Now 2021
All Together Now Malaysia Dihentikan Sementara
Pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).
"Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman," katanya.
"Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan berjarak 1.5 meters antara juri di samping diletakkan penghadang lutsinar antara mereka," tambah Raqim.
Rakaman program tersebut juga turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.
Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan itu.
Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.
Must-Watch Video