All Together Now 2021
ATNMY: "Ada Kisah Yang Membuatkan Kita Menitiskan Air Mata, Ada Juga Yang ..." - Erra Fazira
Juri All Together Now Malaysia, Erra Fazira kagum dengan semangat para peserta program berkenaan yang hadir daripada latar belakang dan kisah yang berbeza.
Menurut Erra, terdapat peserta yang baru tahu mereka boleh menyanyi, ada juga yang sudah berpengalaman.
Apapun, primadona filem Melayu itu melihat ATNMY sebagai satu program yang penuh dengan warna.
"Saya kagum dengan semangat para peserta yang bertanding dalam program ini, ada yang baru tahu mereka tahu menyanyi, ada juga yang sudah lama menyanyi.
"Ada banyak warna dari segi kisah mereka, ada kisah yang membuatkan kita menitiskan air mata, memberi inspirasi dan banyak lagi," katanya.
Dalam pada itu, Erra juga menghormati Dato' AC Mizal yang menggalas tanggungjawab selaku ketua juri, serta memuji kebolehan Sherry Alhadad mengendalikan ATNMY tanpa rakan pengacara.
"Saya tabik spring kepada Dato' AC yang memang berilmu dan sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan.
"Pada masa sama, saya tabik spring juga kepada Sherry Alhadad yang mengacarakan program ini berseorangan, dia berjaya mengendalikan semua peserta dan melayan kerenah para juri dengan baik," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.
Must-Watch Video