All Together Now 2021
ATNMY: Berpegang Teguh Dengan Cara Sendiri, Kelly Azman; "Saya Dalam Industri Hiburan Sudah Lama"
Penggiat industri hiburan dan salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNMY), Kelly Azman akui teliti dalam soal penilaian para peserta program berkenaan.
Menurut Kelly, ATNMY adalah program baru bertaraf antarabangsa di mana penilaian markah secara sambil lewa harus dielakkan.
"Saya dalam industri hiburan ini sudah lama, banyak pertandingan yang saya lalui dan saksikan.
"ATNMY adalah satu program baru bertaraf antarabangsa, jadi kita semestinya tak boleh memilih peserta secara sambil lewa sahaja.
"Kalau seseorang peserta itu menyanyi sempurna pun, kita tetap kena cari di mana kesalahan yang dilakukan," katanya kepada Gempak.
Tambah Kelly, dia tetap berpegang teguh dengan caranya sendiri tanpa dipengaruhi oleh juri-juri lain.
"Dua markah dari setiap juri itu amat penting, saya tak kisah dengan cara penilaian juri lain, saya berpegang teguh dengan cara saya. Kalau peserta menyanyi tak sedap, maka tak sedaplah.
"Saya memang cerewet dan susah nak bangun, kadang-kadang ada juga saya bangun untuk memberi semangat kepada peserta, agar mereka boleh belajar untuk menjadi seorang penghibur suatu hari nanti," katanya lagi.
Selain Kelly, antara juri lain yang ditampilkan dalam ATNMY adalah Erra Fazira, Zizan Razak, Aina Abdul, Liza Hanim dan ramai lagi.
Mereka diketuai oleh Dato' AC Mizal selaku kapten yang berperanan membuat keputusan penting.
Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.
Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dapatkan berita terkini, mudah dan cepat, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Must-Watch Video