Skip to main content

Ammar Haikal Hormat Pesan Bapa, Dilarang Nyanyi Lagu Ameng Spring Demi Bina Identiti Sendiri

Astro Gempak 181

Sekilas

  • Ammar Haikal tidak dibenarkan menyanyikan lagu Ameng Spring oleh bapanya untuk membina identiti sendiri dalam industri muzik.
  • Walaupun namanya dikenali kerana pengaruh bapanya, Ammar kini cuba genre berbeza dan bergerak secara berdikari.
  • Ammar bersama Hadiel dan Auddra Zulkifli baru sahaja melancarkan single raya berjudul Dentam Dentum Raya sebagai projek terbaru mereka.

Penyanyi meningkat naik, Ammar Haikal mendedahkan bapanya, Ameng Spring tidak membenarkannya menyanyikan lagu-lagu kumpulan tersebut ketika membuat persembahan.

Menurut Ammar, keputusan itu dibuat bagi memastikan dia mampu membina identiti sendiri tanpa perlu berada di bawah bayangan nama besar bapanya.

“Buat masa sekarang belum lagi, ayah saya tak benarkan saya menyanyi lagu Ameng Spring. Dia kata tak nak saya nampak ada unsur Ameng.

“Dia nak saya bergerak sendiri dan tak berada di bawah bayangan Ameng Spring. Dia pesan kalau pergi buat persembahan atau buat ‘cover’, dia pesan jangan bawa lagu dia,” katanya kepada Gempak.

Ammar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Lagu Dentam Dentum Raya!, baru-baru ini.

Akui Ammar, pada awalnya dia turut berhasrat membawakan lagu bapanya seperti mana dilakukan beberapa penyanyi lain yang menyanyikan semula lagu keluarga mereka.

“Sebenarnya saya nak bawa lagu ayah sebab kita tengok macam Zaki bawa lagu ayah dia, Merah pun sama. Tapi ayah cakap tak payah, jangan buat. Jadi saya hormat keputusan ayah.

“Projek kerjasama dengan ayah memang tiada. Tapi projek luar itu adalah seperti pergi majlis sama-sama atau luang masa bersama. Cuma untuk hasilkan lagu bersama memang belum ada,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ammar tidak menafikan namanya mula dikenali kerana pengaruh bapanya dalam industri muzik.

“Memang tak dapat dinafikan orang kenal sebab ayah. Saya tak nak cakap orang kenal sebab diri saya sendiri. Saya jadi macam ini pun sebab ayah yang tolak dan beri sokongan.

“Jadi kalau orang kata ‘Ammar famous sebab ayah dia’, saya terima dengan hati terbuka. Anak ayah kan?” katanya.

Bagaimanapun, Ammar percaya dia kini semakin menemui rentak sendiri selepas mendapat nasihat daripada bapanya untuk mencuba genre berbeza.

“Awal-awal dulu mungkin ya sebab saya bawa lagu balada. Tapi lepas ayah nasihat suruh cuba versi lain, bawa lagu laju dan sebagainya, saya rasa sekarang mampu bergerak dengan cara sendiri. Saya tak ikut bayangan Ameng Spring,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ammar bersama Hadiel dan Auddra Zulkifli baru sahaja melancarkan single raya berjudul Dentam Dentum Raya.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Amzar Sabri, Jaja Ishak, Rebelasia dan Madebyartin selaku komposer serta penulis lirik, sekali gus mengukuhkan lagi nama trio berkenaan dalam industri muzik tempatan.v

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement