Skip to main content

Selebriti

Full House! 5,000 Peminat Bersatu Dalam Konsert Wali Exclusive - One Night Only; "Perkara Yang Paling Saya Tunggu Adalah..."

Full House! 5,000 Peminat Bersatu Dalam Konsert Wali Exclusive - One Night Only; "Perkara Yang Paling Saya Tunggu Adalah..."

Sekilas

  • Kira-kira 5,000 peminat memeriahkan konsert WALI Exclusive - One Night Only di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 21 November.
  • Najwa Latiff membuka persembahan dengan tujuh lagu sebelum Wali Band menyusul dengan 15 lagu termasuk sesi duet bersama Najwa.
  • Wali Band mengadakan sesi doa sebelum lagu terakhir dan menyatakan rasa syukur atas sambutan hangat peminat Malaysia, dengan kehadiran legenda Amy Search turut mencuri perhatian.
Advertisement

Kira-kira 5,000 peminat membanjiri ruangan Megastar Arena Kuala Lumpur bagi menyaksikan konsert WALI Exclusive -One Night Only yang berlangsung pada 21 November.

Konsert yang bermula sekitar jam 8.30 malam dan berakhir pada 11.30 malam itu menyajikan deretan lagu popular Wali Band, selain menampilkan penyanyi, Najwa Latiff sebagai artis jemputan.

Advertisement

Najwa membuka tirai persembahan dengan menyampaikan tujuh lagu termasuk Adamu, Carta Hati, Satu Hari Nanti, Kosong, Sahabat, Untuk Dia dan Cinta Muka Buku.

Tamat sahaja persembahan Najwa, Wali Band mengambil alih pentas dengan lagu Cari Berkah.

Sebanyak 15 lagu dipersembahkan sepanjang konsert termasuk Nenekku Pahlawanku, Emang Dasar, Ada Gajah Dibalik Batu, Baik Baik Sayang dan Aku Bukan Bang Toyib.

Advertisement

Selain persembahan solo, Najwa turut kembali ke pentas untuk berduet bersama Wali menerusi lagu Yang, sekali gus menghangatkan persembahan malam itu.

Namun, antara momen yang paling menarik perhatian ialah sesi doa yang dilakukan Wali Band sebelum empat lagu terakhir dipersembahkan.

Kehadiran legenda rock tanah air, Amy Search, sebagai penonton turut mencuri perhatian ramai.

“Ternyata hikmahnya luar biasa. Silaturahim Malaysia memang luar biasa. Salam hormat kepada Amy Search. Mudahan sihat walafiat,” kata Wali Band.

Mereka turut meluahkan rasa syukur atas sambutan peminat Malaysia yang tidak pernah mengecewakan meskipun baru sahaja buat persembahan pada bulan Mei lalu.

“Alhamdulillah. Sambutan luar biasa dari Malaysia. Perkara yang paling saya tunggu adalah sesi berdoa.

“Terima kasih banyak. Alhamdulillah, semua dapat mengeratkan silaturahiim. Tak kenal jadi kenal. Terima kasih kepada semua peminat Wali Band yang hadir ke konsert malam ini walaupun baru beberapa bulan kami (bulan 5) datang ke sini. Terima kasih ya Allah,” kata mereka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement