Skip to main content

Selebriti

Anak Dekan & Bakal Dapat Selempang Pink, Raja Azura Harap Bekas Suami Saksikan Momen Istimewa - “Saya Tak Pergi Pun Tak Apa…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Raja Azura meluahkan rasa terkilan kerana bekas suaminya, Adzmin Osman, tidak berusaha berkomunikasi dengan anak-anak mereka sejak lama.
  • Azura menegaskan dia sentiasa terbuka jika Adzmin mahu menghubungi anak-anak dan berkongsi cara mendapatkan nombor telefon melalui media sosialnya.
  • Anak perempuan mereka, Puteri Mia Maizura, bakal menerima pengiktirafan akademik sebagai dekan, dan Azura berharap bekas suaminya mahu melihat kejayaan tersebut.
Advertisement

Pelakon, Raja Azura meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa bekas suaminya, Adzmin Osman dilihat tidak berusaha untuk berkomunikasi dan berinteraksi bersama anak-anak mereka sejak sekian lama.


 

Advertisement

Menerusi perkongsian dalam podcast Too Pretty To Handle, Azura berkata bahawa dia sentiasa terbuka sekiranya Adzmin mahu menghubungi anak-anak mereka, malah turut berkongsi cara untuk mendapatkan nombor telefon melalui media sosialnya.


 

“Tak nak cakap dengan saya pun tidak mengapa, itu antara saya dengan dia. Kalau nak telefon anak-anak tetapi tiada nombor saya, boleh dapatkan nombor pengurus saya. Bersepah dekat semua media sosial saya. Tinggal ambil sahaja.


 

“Takkan tak mahu beri sedikit pun berkat duit hasil kerja untuk anak-anak yang sedang belajar dan mengharumkan nama dia,” katanya.


 

Lebih menyentuh hati, Azura berkata anak perempuannya, Puteri Mia Maizura bakal menerima pengiktirafan akademik selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang.


 

Menurut Azura, dia tertanya-tanya sama ada bekas suaminya itu mahu melihat sendiri kejayaan anak mereka yang turut membawa namanya.


 

“Tahun ini, Alhamdulillah anak saya, Puteri Mia Maizura dekan dan akan pakai selempang pink. Nama anak saya akan disebut sebagai Puteri Mia Maizura binti Adzmin.


 

“Dia tak nak tengok ke? Kalau dia nak pergi tengok Mia, saya akan bagi. Saya tak pergi pun tak apa. Itu anak dia. Anak kita bersama.


 

“Suatu ketika dahulu, kita pernah bercinta. Kenapa mesti kena membenci? Sudah tiada jodoh,” ujarnya.


 

Sekadar info, Raja Azura dan Adzmin Osman yang merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff mendirikan rumah tangga pada 2001 sebelum bercerai pada 28 September 2010.


 

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 24, Megat Luqman Hakim Adzmin, 23, dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 21.



 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement