Skip to main content

Hiburan

Chow Yun Fat Pun Kena ‘Sekat’! Nak Selfie Dengan BigBang, Telefon Sendiri Tak Boleh Pegang

Chow Yun Fat Pun Kena ‘Sekat’! Nak Selfie Dengan BigBang, Telefon Sendiri Tak Boleh Pegang

Sekilas

  • Chow Yun Fat hadir ke konsert BigBang di Kai Tak Stadium dan memuji persembahan kumpulan itu walaupun perlu ikut peraturan ketat termasuk tidak dibenarkan guna telefon sendiri.
  • Yun Fat berkongsi bahawa telefon yang digunakan untuk rakaman gambar adalah daripada pihak pengurusan BigBang, dan dia sendiri tidak dibenarkan pegang telefon peribadi semasa konsert.
  • Perjumpaan Yun Fat dan G-Dragon menunjukkan hubungan akrab antara dua generasi selebriti, dengan Yun Fat pernah menyerahkan anugerah Artist of the Year kepada BigBang di MAMA Awards 2015.
Advertisement

Kebanyakan selebriti pastinya teruja dan berbesar hati sekiranya pesohor seni seperti seniman legenda Hong Kong, Chow Yun Fat, tiba-tiba mengeluarkan telefon bimbit dan mengajak mereka bergambar swafoto.

Namun, lain pula ceritanya apabila melibatkan pengurusan kumpulan K-pop terkenal, BigBang.

Advertisement

Ketika menghadiri konsert kumpulan itu di Kai Tak Stadium, Hong Kong baru-baru ini, G-Dragon, 38, sempat memberikan penghormatan kepada Yun Fat yang disifatkannya sebagai “superstar yang kekal muda”.

Aktor berusia 71 tahun itu kemudian mengesahkan menerusi temu bual bersama HK01, beliau telah  hadir menyaksikan konsert berkenaan dan turut memuji persembahan hebat kumpulan tersebut.

Bagaimanapun bintang Crouching Tiger, Hidden Dragon itu mendedahkan meski diundang khas ke konsert berkenaan, beliau juga perlu akur dengan peraturan di belakang pentas.

Advertisement

Salah satunya adalah tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sendiri untuk merakamkan gambar.

“Telefon itu daripada pihak pengurus mereka! Saya sendiri pun tak dibenarkan pegang telefon saya!” katanya sambil terkejut.

“Ya, kami terpaksa menggunakan telefon pihak penganjur!,” ujarnya seperti dilaporkan CNA.

Yun Fat turut berseloroh bahawa isterinya meminati ketiga- tiga anggota BigBang, sedangkan dirinya seorang sahaja yang tidak disukai.

“Dia suka ketiga-tiga mereka. Saya seorang sahaja yang dia tak suka,” katanya berseloroh.

Menurutnya lagi, pertemuan itu merupakan kali pertama dia bertemu G-Dragon selepas menyampaikan anugerah Artist of the Year kepada penyanyi berkenaan di MAMA Awards pada November 2025.

Keakraban dua figura lintas generasi itu memang sudah terjalin cukup lama. Jauh sebelum momen tahun lalu, Yun Fat pertama kali naik ke panggung MAMA Awards 2015 untuk menyerahkan penghargaan Artist of the Year kepada Bigbang.

Bagi G-Dragon sendiri, dapat berinteraksi langsung dengan Yun Fat selalu menjadi momen emas kerana sang aktor adalah sosok idolanya.

Sementara itu, konsert tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian siri jelajah dunia XX: Cosmos yang berlangsung selama empat hari berturut-turut, mulai 13 hingga 17 November.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement