Skip to main content

Anak Tengku Zafrul Raih Kelas Pertama, Bakal Buat Master Di University of Oxford - “Jangan Lupa Balik Malaysia”

Anak Tengku Zafrul Raih Kelas Pertama, Bakal Buat Master Di University of Oxford - “Jangan Lupa Balik Malaysia”

Sekilas

  • Tengku Zahra Jasmina, anak sulung Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berjaya menamatkan pengajian Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian Kelas Pertama di University of Warwick, UK.
  • Beliau akan meneruskan pengajian sarjana di University of Oxford, di mana ayahnya juga mempunyai program akademik.
  • Tengku Zafrul berharap anaknya akan kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajian kelak.
Advertisement

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meluahkan rasa bangga selepas anak sulungnya, Tengku Zahra Jasmina berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian Kelas Pertama di University of Warwick, United Kingdom.

Tengku Zahra Jasmina yang merupakan anak sulung daripada empat beradik bakal meneruskan pengajian pada peringkat sarjana di University of Oxford selepas ini.

Advertisement

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu berkata, detik berkenaan cukup bermakna apabila beliau dan keluarga kembali ke universiti tersebut bagi meraikan hari graduasi anaknya.

“Dulu hantar belajar. Hari ini datang raikan hari graduasi.

“Tahniah, Zahra! Kepujian Kelas Pertama Kesusasteraan Inggeris University of Warwick, United Kingdom. Kami sangat bangga dengan kamu,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam nada berseloroh, Tengku Zafrul berkata, beliau lebih mudah memantau anaknya sepanjang melanjutkan pengajian di Oxford memandangkan beliau turut mempunyai program akademik di universiti tersebut.

“Lepas ini sambung sarjana di Oxford pula. Kebetulan papa pun ada ‘fellowship’ di sana, senanglah nak periksa Zahra buat apa,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menitipkan pesanan kepada Tengku Zahra Jasmina supaya kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajian kelak.

“Selepas habis sarjana nanti, jangan lupa balik Malaysia,” katanya.

Hantaran tersebut turut disertakan beberapa gambar kenangan bersama keluarga sempena majlis graduasi berkenaan.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Must Watch Video

Advertisement