Pelakon Faez Nick berharap agar orang ramai tidak kaitkan lagi dirinya dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Menurut Faez, dia mahu kembangkan bakatnya dalam bidang lakonan dan berharap agar orang ramai menerima kehadirannya dalam industri hiburan.

"Sudah-sudahlah kaitkan saya dengan dia lagi kerana apa yang berlaku dulu adalah kisah lama.

"Saya berharap agar orang di luar sana dapat berhenti mengaitkan nama saya dengan dia lagi.

"Saya faham orang akan bercerita mengenai kisah lama saya namun sebagai manusia saya harus bergerak kehadapan tanpa memikirkan kisah lama itu lagi.

"Apapun saya berharap agar orang dapat menerima kehadiran saya dalam industri ini," katanya kepada Gempak.

Faez berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Lelaki Kiriman Tuhan, di Ombak Villa, Langkawi, baru-baru ini.

Selain Faez, drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan turut dibintangi oleh Mira Filzah, Harris Anuar, Remy Ishak, Rozita Che Wan, Kartina Aziz, PU Azman, PU Riz, Jasmin Hamid, Maria Farida dan ramai lagi.

Turut diperkenalkan bintang baru Uyaina Arshad iaitu bekas pengacara Nona, Riana AF, Ali Redza, Hanis Nabeela dan Farah Safwan.

Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini akan disiarkan setiap hari Isnin pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) & Maya HD (saluran 135).