gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Khusus Untuk T20! Amber Perkenal Koleksi Premium ‘Somewhere Somehow Someone’, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Wajah Rasmi!
RANCANGAN
Talk To My Manager Tampilkan Ina Naim, Siti Saerah, Ameng, Shuib, Liza Hanim & Ramai Lagi! Format Fresh Artis Uruskan Anak Sendiri
HIBURAN
Hael Husaini Bangga Dengan Alpha, Tak Menolak Untuk ‘Hadiahkan’ Lagu Ciptaannya - “Mereka Membuktikan Malaysia..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Khusus Untuk T20! Amber Perkenal Koleksi Premium ‘Somewhere Somehow Someone’, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Wajah Rasmi!

Amri Hassan
Amri Hassan
13/08/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Khusus Untuk T20! Amber Perkenal Koleksi Premium ‘Somewhere Somehow Someone’, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Wajah Rasmi!
Industri fesyen tempatan menerima suntikan kemewahan baharu apabila Amber Eksklusif Casual Wear, jenama di bawah Usanita Sdn Bhd, melancarkan koleksi premium terbarunya yang diberi nama Somewhere Somehow Someone.
Lebih istimewa, dua figura ternama industri hiburan tanah air, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, telah dilantik sebagai duta rasmi untuk koleksi berprestij ini.
Dihasilkan khusus buat golongan T20 yang mengutamakan gaya kasual bertaraf tinggi, koleksi ini menggabungkan rekaan moden kontemporari dengan penggunaan fabrik premium dan kemasan eksklusif, mencipta aura elegan yang memancarkan keyakinan diri serta melambangkan status dan cita rasa pemakainya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, pemilihan Hael dan Dayang adalah tepat kerana kedua-duanya mencerminkan keperibadian dan gaya yang seiring dengan DNA Amber.
“Hael dan Dayang adalah cerminan sempurna DNA Amber iaitu penuh gaya, berkarisma dan memiliki pengaruh besar dalam membentuk aspirasi fesyen.
"Mereka bukan sekadar ikon hiburan, malah simbol kejayaan dan personaliti unggul yang seiring dengan visi kami untuk menjadikan Amber sinonim dengan fesyen kasual premium di Malaysia,” ujar Datuk Adzliana.
Pelantikan Dayang Nurfaizah sebagai duta juga mencatat sejarah kerana ini merupakan kali pertama beliau bersetuju menjadi wajah rasmi bagi sebuah produk tempatan.
Datuk Adzliana menyifatkan keputusan Dayang untuk bersama Amber sebagai satu penghormatan besar kerana ia membuktikan keyakinan terhadap jenama tempatan yang menepati standard antarabangsa dan mampu bersaing setaraf dengan jenama global.
Koleksi Somewhere Somehow Someone tampil dengan rekaan eksklusif yang dirangka untuk memenuhi gaya hidup sofistikated, termasuk potongan sweater berzip dengan kolar scuba, skirt A-Line, baju polo berlengan pendek, jaket pendek berlapis, kardigan rajut, skirt berlipatan sisi dan trench coat ringkas.
Setiap rekaan dipilih rapi bagi memastikan kualiti, keselesaan dan gaya berada pada tahap optimum.
Koleksi ini akan mula dipasarkan secara terhad di butik Amber di Wangsa Walk Mall dan butik flagship di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.
Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan koleksi ini secara dalam talian, ia juga boleh didapati melalui laman web rasmi www.amberofficials.com.my dan platform media sosial Amber Officials.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Fesyen
#Dayang Nurfaizah
#Hael Husaini
#Koleksi
#T20
#Amber
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement