Kami sekeluarga bercuti ke Melaka 24-26 Ogos 2019. Hari terakhir di Melaka, ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang berminat nak dengar cerita aku ni. So aku boleh mulakanlah. Aku cuba cerita seringkas mungkin. Bismillahirohmanirrohim.

Arwah ayah aku sakit selama 7 tahun sebelum dia pulang ke Rahmatullah. Arwah sakit buah pinggang dan dia perlu buat dialisis setiap hari. Keluar masuk wad tu dianggap benda biasa bagi arwah. Jantung pun arwah ada follow up kat Institut Jantung Negara (IJN).



Disebabkan arwah bosan selalu duduk rumah, jadi arwah merancang untuk bercuti bersama keluarga ke Melaka. Arwah plan dan kami pun book hotel serta buat tentatif program.

3 hari sebelum ke Melaka, arwah mengadu sesak nafas. Mak aku call ambulance dan arwah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Arwah pun kena tahan wad di HKL.



Sehari sebelum ke Melaka, arwah minta keluar wad. Doktor tak bagi tapi arwah tetap mahu keluar wad juga sebab nak pergi holiday dengan family. Doktor pun give up dan minta arwah sign surat kalau ada apa-apa jadi, risiko tanggung sendiri.



Jumaat malam tu aku jemputlah arwah dari HKL. Masa tu arwah nampak gembira dapat keluar wad dan pergi ke Melaka esoknya.

Sabtu kami gerak ke Melaka. Arwah sihat je hari tu. Kami singgah lunch di Perhentian Kuih Kampong, check in hotel dan dinner di Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Arwah memang teringin sangat nak makan kat Muara tu.



Ahad pula kami breakfast di hotel. Masa breakfast tu, arwah ada cakap “payeh, nanti tolong cari rumah kawan apak”. Dia cakap dengan nada yang lembut. Sampai sekarang masih terdengar lagi. Arwah suruh cari rumah kawan lama dia di Melaka.

Tapi masalahnya, nombor phone kawannya hilang dalam phone arwah, alamat pun tak ada. Arwah cakap dia ingat jalan dekat area Tesco Melaka. Ada kampung kat situ. Aku pun fikir petang kalau free boleh lah cuba cari.

Lepas breakfast, kami pun ronda Bandar Melaka. Arwah dan atuk naik beca. Kami yang lain jalan kaki. Kami ambil gambar dan shopping sampai lah tengahari.



Lepas tu kami balik hotel, solat dan keluar balik untuk late lunch dan minum petang. Kami singgah di Asam Pedas Selera Kampung, lepas tu beli coconut shake dan lepak bergambar di pantai Klebang.



Kat pantai tu arwah duduk dalam kereta je. Aku rasa arwah macam merajuk sebab aku tak nak cari rumah kawan dia. Dia cakap coconut shake tu tak sedap, manis sangat.

Aku tengok jam baru pukul 6. Awal lagi. Aku waze Tesco Melaka pun takda lah jauh sangat. So aku buat keputusan nak cari rumah kawan lama arwah. Aku cakap, “Okay jom kita cari rumah kawan apak”. Time tu baru lah arwah macam excited sikit.

Arwah hanya ingat, Tesco belah kiri lepas tu masuk kanan, masuk kanan. Ada jalan masuk kampung situ. Aku pun ikut lah. Ada lah terjumpa rumah kampung ni. Arwah cakap bukan ni. Adik aku tanya “Ni rumah Shariff ke?” Shariff tu nama kawan lama arwah.

Rupanya bukan. Arwah suruh pusing lagi cari rumah kawan dia. Dua tiga pusingan jugak lah dari Tesco cuba cari kampung tu. Dan akhirnya arwah cakap, “Takpelah mungkin jalan dah berubah.” Kami pun balik hotel sebab hari pun dah nak gelap.

Sampai hotel dan kami siap nak keluar makan malam tapi arwah nampak penat. Jadi arwah, mak, adik dan atuk tinggal kat hotel. Kami yang lain keluar pergi dinner. Bungkus makanan untuk mereka. Time tu rancang nak makan Pak Putra Naan.

Aku baru sampai kedai, baru buka pintu kereta, adik call cakap, “Balik cepat. Apak sesak nafas. Nak bawa pergi hospital.” Masa tu aku tenang lagi sebab benda ni penah terjadi. Aku jawab, “okay kita orang patah balik.”

Masa dalam perjalanan patah balik, adik call lagi tapi masa ni dia dah nangis. Dia cakap, “Cepat lah balik!” Aku dah cuak dan aku minta kakak aku call Hospital Melaka terus minta ambulance. Sampai je hotel, aku tengok arwah dah terbaring dan nampak nafasnya pendek. Arwah tak sedar masa tu.

Time tu aku ucap kalimah syahadah kat telinga arwah. Takut apa-apa jadi. Ambulance pun sampai. Abang aku buat CPR, lepas tu ambulance terus bawa arwah ke Hospital Melaka. Aku naik ambulance malam tu. Time tu dalam hati aku, aku doa “NOT TODAY PLEASE.”

Sampai hospital terus masuk emergency zon merah. Alhamdulillah masa tu arwah dah sedar. Abang yang bawa ambulance tu puji abang aku pandai buat CPR. Doktor pun panggil mak aku masuk emergency untuk tanya pasal sakit dan ubat arwah semua.

Mak aku cakap “Apak dah okay. Dah boleh sembang semua macam biasa.” Kami sekeluarga pun lega. Aku tak masuk pun zone merah masa tu sebab aku fikir esok boleh jumpa kat wad.

Proses nak masuk wad lama, jadi mak minta izin untuk balik hotel dulu. Esok pagi baru datang lawat di wad. Kami pun pulang ke hotel dan fikir macam mana plan nak extend stay kat Melaka.

Isnin. Aku dengan mak bangun awal berbanding dengan yang lain sebab kami nak pergi hospital awal. Aku plan, aku hantar mak ke hospital lepas tu aku pergi dobi. Yelah nak stay lama lagi kat Melaka, kena lah basuh baju.



Lepas hantar mak ke hospital, aku pun pergilah cari dobi sorang-sorang. Mesin basuh tengah pusing tiba-tiba mak call tanya “Faris lama lagi ke?”. Aku jawab lah lama juga ni baru basuh baju, belum kering lagi. Mak cakap “lepas basuh baju, tak payah keringkan. Terus datang hospital sebab apak tengah koma.” Time tu aku tenang lagi sebab arwah pernah tak sedar diri selama dua tiga hari dulu. Lepas mesin basuh berhenti, aku pun pergi ke hospital.

Tengah tunggu lif. Lif buka aku terkejut. Eh ada mak aku dalam lif ni. Kenapa mak aku turun? Mak cakap doktor nak bawa arwah ke ICU. Kami pun ikut lah doktor dan nurse tolak arwah ke ICU. Laju dorang tolak. Mak aku tak terkejar dah.

Aku cakap “Takpe mak. Mak jalan perlahan-lahan, biar payeh kejar.” Sampai lah ke ICU. Basah jugak lak ketiak masa tu.



Doktor tak bagi masuk. Dorang buat apa dalam tu aku pun tak tahu. Ada sorang doktor keluar. Dia cakap “Keadaan pakcik sangat tenat. Jantung dia dah berhenti 4 kali. Kami pun dah buat 4 kali CPR. CPR tak boleh buat banyak kali sebab result dia akan jadi buruk jugak.

Sekarang ni pun jantung dia tengah berhenti. Jadi saya nak tanya ahli keluarga, nak kami buat CPR ke tak payah?”. Time tu aku pandang mak aku, mak aku pandang aku. Aku jawab “Buatlah doktor. Cuba.” Doktor pun okay dan masuk dalam bilik tu.

Lepas tu aku terus menangis dan peluk mak. Masa tu aku takut sangat nak kehilangan seorang ayah. Habis basah tudung mak aku masa tu. Aku nangis lagi over daripada mak aku. Tiba-tiba doktor tadi datang. Aku pun cepat-cepat lah lap air mata aku. Buat malu je nangis.

Doktor cakap “Alhamdulillah dah ada nadi.” Aku lega dengar. Doktor sambung “Tapi kemungkinan besar jantung dia boleh berhenti lagi. Sekiranya berhenti, kami dah takkan buat CPR lagi.” Aku angguk tanda setuju. Aku hanya mampu berdoa ayah aku boleh baik.

Kami semua berkumpul di hospital menunggu arwah stabil. Kami baca Yassin dan berdoa. Adik beradik aku ada 6 orang. Yang pergi Melaka 5 orang. Seorang tak ikut sebab dia penat baru balik dari London. Dia pun datang ke Hospital Melaka nak lawat ayahnya.

Bila dia (yang tak ikut pegi Melaka ni) sampai, dia pun masuk lah nak tengok ayahnya, tiba-tiba seminit dua lepas tu dia keluar menangis. Dia cakap “Cepat! Semua masuk!”. Kami yang kat luar semua ni masuk lah.

Datang seorang doktor lelaki check keadaan ayah. Dia tengok mesin nadi, dia check mata. Lepas tu dia cakap “Kalau kita tengok kat mesin ni, nadi dia dah tak ada. Bila saya check mata dia, dia tak react pada cahaya. Biasanya mata akan react pada cahaya. Jadi saya nak cakap pakcik dah tiada.”

Tapi aku macam tak puas hati sebab aku nampak arwah macam bernafas. Rupanya tu mesin supply oxygen. Nurse tutup je mesin tu, betul lah arwah dah tak bernafas.

Masa tu kami semua menangis. Perasaan masa tu macam tak percaya pun ada. Hilangnya seorang suami kepada mak, hilangnya seorang ayah kepada kami adik beradik. Pada hari terakhir kami bercuti di Melaka. Aku menangis sepuas-puasnya.

Aku ambil phone arwah. Aku call kawan-kawan rapatnya bagitahu arwah dah tiada. Aku fikir time tu aku nak cari kawan arwah nama “Shariff” nak cerita pasal arwah cari rumah pakcik Shariff sebelum arwah meninggal. Arwah pernah pesan kalau dia meninggal, uruskan kat surau kat rumah.

Pulanglah aku ke Kuala Lumpur menaiki van jenazah bersama arwah.

Nak update pasal kawan arwah.



Arwah ayah ada satu buku yang bertajuk “ALAMAT KAWAN2”. Dalam buku ni ada alamat dan nombor phone semua kawan-kawan dia. Aku pun carilah nama Shariff dan aku jumpa nombor phone dia. Aku pun call lah dengan hati yang tabah.

Aku: Assalamualaikum. Boleh saya cakap dengan Encik Shariff?
Pakcik: Ye saya. Ni siapa?
Aku: Saya Faris. Anak Sharudin.
Pakcik: Ohh Sharudin. Apa kabar dia?
Aku: Ayah dah meninggal. (Time ni dah sebak)
Pakcik: Meninggal kat mana? Bila?
Aku: Semalam kat Hospital Melaka. Kami pegi bercuti. Sebelum arwah meninggal, arwah ada cari rumah pakcik kat Melaka tapi tak jumpa. Nombor phone hilang pulak dalam phone arwah.
Pakcik: Pakcik duduk kampung dik. Kalau tanya orang pun orang tak tahu. Macam mana boleh dapat nombor phone pakcik ni?
Aku: Ayah ada buku contact kawan-kawan dia.
Pakcik: Hospital Melaka tu 15 minit je dari rumah pakcik. Semalam (masa arwah meninggal), pakcik duduk rumah je tak buat pape. Kalau pakcik tahu, pakcik pegi lawat ayah. Hm takpelah takde jodoh nak jumpa.”

Tulah antara perbualan dengan kawan lama arwah.

Sekian saja cerita yang saya nak kongsikan. Terima kasih kerana sudi membaca dan kongsikan cerita ini kepada orang lain. Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya.

Here is our last photo together.



Lupa nak promote. Siapa yang ada family atau kawan yang buat dialisis guna machine, boleh lah DM saya untuk ambil air Baxter ni. Ambil lah free je.



Tolong sebarkan tweet ni. Mana tahu ada orang yang sangat memerlukan air ni.

Kredit Gambar: Faris Sharudin

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Faris Sharudin menggunakan akaun Twitter @farisharudin. Perkongsian beliau mendapat hampir 2,000 Retweet.Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]