Penyanyi Siti Sarah membuat kejutan istimewa kepada seorang peminat apabila hadir ke sekolahnya semata-mata untuk memberikan ucapan kata semangat bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sarah bertemu dengan peminat bertuah, Iman Alyssa Sahabudin yang merupakan calon SPM daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Menurut Sarah, kejutan tersebut dibuat selepas menerima mesej di Instagram daripada ibu Iman yang membuat permintaan khas menghasilkan video ucapan buat anaknya yang sedang menduduki SPM.

"Sarah dapat DM daripada ibu @imantroye minta buat video ucapan semoga berjaya untuk SPM. Ibu Iman screenshot Insta Story Iman yang dia ada buat cover lagu Semakin.

"Tapi Sarah betul-betul tak perasan Insta Story Iman minta ucapan itu. Maaf dik, akak tak perasan, Jadi, alang-alang ada kelapangan masa hari ini, Sarah ajak team pergi sekolah Iman wish good luck terus depan-depan," tulisnya di Instagram.

Ternyata, kunjungan Sarah ke sekolah tersebut yang dirancang bersama ibu kepada peminatnya itu memberikan kenangan manis buat Iman.

"Sangat terkejut dan tak terkata. Kak Sarah datang hanya untuk beri ucapan untuk SPM (siap dengan belon).

"Dengan jadual kerja yang sibuk, dia sanggup datang untuk saya. Manalah Iman tak sebak. You made my day kakak," kata Iman yang turut berkongsi momen istimewa tersebut di Instagram.

Sweet moment to remember, and it’s happened today.✨ . It surprised me, sangat terkejut and tak terkata. kak @sitisarahraissuddin dtg only to wish me for SPM (siap dgn balloon) dgn her busy schedule, she came only for me, for me gais???. Mana la iman tak sebak. You made my day kakak. Thanks Mama @catatanctie for the starting everything and cikgu @zarinahmohajin and my friends @nramlaz @sy.wnie @shaina.edzrynn @qistinazs_ sbb masuk dalam cerita ni!!?❤️ . Yes, mmg betul iman minat sangat dkt kak sarah, minat sangat sangat. ??? Suka peribadi kak sarah, your voice, your look, your style semua iman suka. Iman suka semua lagu kak sarah, video kak sarah semua iman tgk. ✊?? Thanks kak sarah sebab notice iman! semoga iman dpt belajar daripada kak sarah nanti. Boleh kan kak sarah? ♥️?? . Love, iman.❤️

A post shared by IMAN ALYSSA SAHABUDIN? (@imantroye) on