gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Worth The Wait Papar Perit Peroleh Anak, Ini Tips Untuk Kekal Positif & Jangan Menyerah
HIBURAN
Tak Sempat Rai Kemenangan, Sophia Albarakbah ‘Diserang’ Komen Negatif & Mesej Lucah - “Memang Dia Bersyukur…”
BERITA
Bekas Ratu Cantik Ditemui Mati Terapung Selepas 4 Hari Diculik
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tak Sempat Rai Kemenangan, Sophia Albarakbah ‘Diserang’ Komen Negatif & Mesej Lucah - “Memang Dia Bersyukur…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
08/08/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Tak Sempat Rai Kemenangan, Sophia Albarakbah ‘Diserang’ Komen Negatif & Mesej Lucah - “Memang Dia Bersyukur…”
Kemenangan pelakon, Sophia Albarakbah di sebuah majlis anugerah baru-baru ini tidak sempat diraikan sepenuhnya apabila kegembiraannya bertukar menjadi tekanan emosi gara-gara serangan melampau di media sosial.
Peguam yang mewakilinya, Tuan Aizat Azam, berkata kemenangan tersebut sepatutnya menjadi detik manis buat Sophia selepas menerima sokongan padu daripada peminat, namun segalanya berubah hanya dalam tempoh kurang 24 jam.
“Apa yang diluahkan anak guam saya, sophia. sepatutnya pada malam itu, menjadi malam kemenangan yang dia patut nikmati kegembirannya.
“Memang dia bersyukur dan berterima kasih pada semua yang mengundi sehingga dia menang tetapi dia tak sangka bahawa dia tak dapat nikmati momen kemenangan itu dalam masa 24 jam,” katanya kepada Gempak
Aizat berkata demikian ketika ditemui di hadapan Balai Polis Travers, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur pada Jumaat petang.
Menurut Aizat, Sophia pada awalnya pulang ke rumah dengan penuh kegembiraan namun, semuanya berubah apabila dia mula mendapat komen dan hantaran yang negatif dari portal dan netizen.
“Daripada malam dinobatkan sebagai pemenang sehinggalah sampai ke rumah, rasa gembira itu masih ada sampai dia mula membaca komen di Instagram dan melihat hantaran netizen.
“Dari situlah tekanan mula datang,” jelasnya.
Meskipun Sophia masih mampu menahan emosi ketika berdepan kritikan umum, serangan kali ini berada di tahap yang tidak wajar.
“Kritikan biasa itu normal untuk selebriti, tetapi apabila lambakan DM yang terlalu berlebihan seperti mesej lucah secara terang-terangan, ia sudah melampau dan memberi kesan kepada emosi serta mental anak guam saya,” ujarnya.
Terdahulu, Peguam Aizat Azam mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung siri serangan digital yang melampau susulan daripada kemenangannya di sebuah majlis anugerah baru baru ini.
Topic Berkaitan
#Sedih
#Hantaran
#Menang
#Negatif
#Syukur
#Sophia Albarakbah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement