Pelawak Achey menerima Anugerah Ikon Permotoran Viral Malaysia 2019 atas penglibatan aktifnya dalam dunia permotoran anjuran Himpunan Kelab Motor Malaysia (HKMM).

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dalam satu majlis yang diadakan di Alor Gajah Melaka baru-baru ini.

Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 33, berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.

"Sebenarnya tidak terlintas di fikiran untuk mendapat gelaran ikon di dalam industri, apatah lagi di mata peminat permotoran Malaysia.

"Ya, aku obses dengan motosikal tapi tidak ke tahap menjadikan diri ini somebody kerana aku berfikiran 'siapa aku', ramai lagi yang layak, ramai lagi yang jauh lebih baik daripada aku," tulisnya.

Pada masa sama, kata Achey, dia bersyukur kerana diterima baik dalam industri permotoran.

"Komuniti permotoran di @hkmm_officialmalaysia membuatkan aku rasa berbaloi berada dalam keluarga permotoran Malaysia.

"Dengan anugerah ini aku bertambah sayang dengan kominiti permotoran Malaysia. Terima kasih @hkmm_officialmalaysia," luahnya.

Selain Achey, dua artis lain yang turut menerima pengiktirafan ialah Datuk Awie menerusi Anugerah Selebriti Ikon Permotoran Malaysia 2019 dan Kazar, Anugerah Selebriti Ikon Permotoran Malaysia Sepanjang masa (Retro) 2019.

Alhamdulillah... sebenarnya tidak terlintas di fikiran untuk mendapat gelaran ikon di dalam industri.. apatah lagi di mata peminat permotoran malaysia ..yes aku obses dgn motosikal tapi tidak@ke tahap menjadikan diri ini somebody..kerana aku berfikiran ‘siapa aku’... ramai lagi yang layak.. ramai lagi yang jauh lebih baik dari aku...ada yang bagitau kau tak nampak tapi kami nampak sbb apa kau layak...kalau bersebab aku terima.. kalau mejoriti mmg tak pernah mimpi ??..dan komuniti permotoran di @hkmm_officialmalaysia membuatkan aku rasa berbaloi berada dalam keluarga permotoran malaysia.. tq @hkmm_officialmalaysia .. .. Dan terima kasih keluarga @gengasapnaem yang menjadi wakil aku untuk anugerah ‘ikon permotoran viral malaysia’ ... dan dengan anugerah ini aku bertambah sayang dengan kominiti permotoran malaysia... ?? .. .. #gengasap #belanjakaw #kintangkintung #acheyracingteam #pepahje #bocey #ikanmas #symvf3i185cc

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on