ANUGERAH MELETOP ERA 2025
Anugerah MELETOP ERA 2025 Kembali Dengan 16 Kategori Dipertandingkan
Selepas tiga tahun menyepi, acara anugerah paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia akhirnya kembali!
Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2025 bakal menggamatkan industri hiburan tanah air menerusi penganjuran edisi ke-9 yang menjanjikan sebuah malam penuh kemeriahan, kejutan dan nostalgia yang diraikan bersama peminat serta legenda hiburan tempatan.
Dengan tagline ‘Yang Rare, Yang Real, Yang Legend’, AME 2025 akan diadakan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Oktober 2025, jam 9 malam.
Pentas penuh gemilang ini akan menyaksikan kehadiran barisan selebriti popular tanah air, persembahan istimewa dan momen-momen penuh emosi yang bakal mencipta sejarah tersendiri.
Tahun ini menyaksikan sebanyak 16 kategori dipertandingkan, termasuk dua kategori baharu iaitu Vokal MeleTOP dan Gandingan MeleTOP.
Tiga kategori utama turut diberi suntikan baharu bagi memperkukuh pengiktirafan terhadap penggiat seni tanah air, iaitu MeleTOP Male Artiste of the Year, MeleTOP Female Artiste of the Year dan MeleTOP Group/Duo Artiste of the Year.
Ini adalah senarai penuh kategori Anugerah MeleTOP ERA 2025:
1. Lagu MeleTOP ERA
2. Penyanyi MeleTOP ERA
3. Grup/Duo MeleTOP ERA
4. Vokal MeleTOP (Kategori Baharu)
5. Filem MeleTOP
6. Drama MeleTOP
7. Program MeleTOP
8. Pelakon MeleTOP
9. Gandingan MeleTOP (Kategori Baharu)
10. Artis Baharu MeleTOP
11. Si Cilik MeleTOP
12. Artis Versatil MeleTOP
13. Influencer MeleTOP
14. MeleTOP Male Artiste of The Year (Kategori Diperbaharui)
15. MeleTOP Female Artiste of The Year (Kategori Diperbaharui)
16. MeleTOP Group/Duo Artiste of The Year (Kategori Diperbaharui)
Trio popular hos tetap program MeleTOP - Nabil Ahmad, Namie dan Hawa Rizwana – bakal mengemudi pentas AME 2025 bersama-sama dengan pengacara dan pelakon versatil, Sherry Alhadad.
Malam kemuncak penuh gemerlapan ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis popular seperti Nadeera Zaini, Ernie Zakri, Mimi Fly dan ramai lagi yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Para peminat setia AME kini boleh mula mengundi untuk kategori 1 hingga 13 menerusi laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com bermula 10 malam, 29 Julai 2025 hingga 12 tengah hari, 31 Ogos 2025.
Langkah-langkah untuk mengundi:
1. Layari www.anugerahmeletopera.com
2. Log masuk menggunakan akaun Astro, Google, Apple atau Facebook
3. Setiap pengguna akan menerima 30 kredit undian setiap hari dan boleh mengundi untuk satu kategori sahaja pada setiap hari.
Sementara itu, tiga kategori utama - MeleTOP Male Artiste of The Year, MeleTOP Female Artiste of The Year dan MeleTOP Group/Duo Artiste of The Year - akan diumumkan secara eksklusif pada malam anugerah.
Dengan sokongan padu daripada para peminat serta penyertaan selebriti tanah air, AME 2025 dijangka terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pentas anugerah hiburan paling berprestij dan diraikan di Malaysia.
Saksikan siaran langsung Anugerah MeleTOP ERA 2025 di Astro Ria (saluran 104) dan strim secara On Demand melalui Astro GO dan sooka.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial rasmi ERA dan
layari www.anugerahmeletopera.com.
Must-Watch Video