Kumpulan R&B dan hip-hop popular Malaysia, Ruffedge bakal mengadakan sebuah konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada hari Isnin, 23 Mac 2020 jam 8.30 malam.
Boleh memuatkan seramai 920 orang pada satu masa, tiket untuk menyaksikan konsert mereka di DFP telah habis dijual!
Sejajar dengan usaha DFP untuk menyajikan pelbagai genre muzik kepada orang ramai, Ruffedge akan mengikuti jejak langkah kumpulan tempatan lain yang telah berpeluang mengadakan konsert di pentas berprestij DFP seperti Hujan dan Akim & The Majistret.
Sebelum ini, kumpulan-kumpulan tersebut telah menyerlahkan bakat seni yang hebat di dewan yang terkenal dengan tahap akustika yang tinggi.
Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 dan membuat kemunculan sulung di pertandingan Sony Battery Face On Talent Search pada tahun 1999 di mana kumpulan ini menjadi juara.
Kumpulan ini telah menghasilkan banyak lagu hit sepanjang karier mereka seperti Tipah Tertipu, Da’ Bomb, Bila Rindu dan Lemas.
Kumpulan ini telah melahirkan tiga album studio dan dua album kompilasi yang telah mendapat sambutan hangat termasuklah album Defined (2004) dan Ruffera (2005) yang telah menerima anugerah platinum.
Ruffedge telah memenangi anugerah Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003 dan telah dicalonkan di beberapa acara anugerah lain seperti Anugerah Era dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Kumpulan ini juga telah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2004.
Ruffedge, yang menyambut ulang tahun yang ke-20 pada tahun 2018, akan membawa peminat-peminatnya menyelusuri memori di DFP dengan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti Tiada Lagi Cinta dan Khayalan serta memberi penghormatan kepada artis-artis lain.
Kumpulan ini akan diiringi oleh band yang dipimpin oleh Datuk Acis sebagai Pengarah Muzik.
Kamaruddin Razal
Thu Mar 12 2020
Isteri Jadi ‘Alarm Clock’ Aaron Aziz, Sentiasa Ingatkan Supaya Tidak Balas Komen Negatif
“Kalau kenapa dia tak bersuara untuk Palestin itu, saya tak tahu apa nak cakap sebab saya pun tak tahu kenapa dia tak bersuara… atau pun mungkin dia bersuara tapi bukan dalam sosial media,” kata pelakon Datuk Aaron Aziz berhubung isu gerakan Blockout 2024.
THSS: Edry Kata Perfect 10! Aepul Roza Rampas Takhta Tangga Pertama, Ini Senarai Markah Penuh Minggu Kedua
Penyanyi, Aepul Roza diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu kedua dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
Berkulit Sawo Matang Antara Ciri-Ciri Suspek Serangan Simbah Asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim sejak semalam (Ahad).
Aktivis Teater, Rosminah Tahir Meninggal Dunia
Aktivis dan pengarah teater disegani, Rosminah Tahir, 65, meninggal dunia di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur, petang Ahad.
Bercakap Dengan Jun: Recap Episod 5 & 6 - Nek Besah Curiga Status Ranum, Dipukul Kawan Baik Sendiri!
Minggu lalu penonton dapat menyaksikan perubahan hidup Jun selepas mengambil keputusan untuk menjaga bayi berbama Ranum.
THSS: Datin Alyah Tarik Diri, Dapat Panggilan Tunaikan Haji
Bintang The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada program tersebut.
THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen Positif Daripada Edry
Merupakan peserta keempat melakukan persembahan, Aepul Roza mempersembahkan lagu Panas nyanyian asal Gigi.
Ben Affleck Tak Pakai Cincin Kahwin, Tinggal Asing Dengan J. Lo
Khabar keretakan rumah tangga pasangan selebriti terkenal dunia, Jennifer Lopez dan suami, Ben Affleck seperti sudah tidak dapat dihentikan.
Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”
Menerusi acara tersebut, bapa kepada Mahalini, I Gede Suraharja, menitipkan pesanan buat Rizky sebagai seorang suami.
Sandera Raih Maklum Balas Positif, Mila Jirin Janji Untuk Kembali Aktif Dalam Bidang Nyanyian
Agak lama tidak muncul dengan buah tangan baharu, penyanyi Mila Jirin tampil dengan single terkini berjudul Sandera.