gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hubungan Kekal Baik, Nadeera Zaini Nafi Ada Konflik Dengan Bekas Pengurus - “Dia Sendiri Lepaskan…”
HIBURAN
‘All That’s Left Of You’ Rangkul Filem Terbaik Di MIFFest 2025 & Ti Lung Terima Anugerah Sepanjang Hayat
VIRAL
Kes Zara Qairina: Ibu Buat Laporan Polis Baharu, Dakwa Nampak Lebam Ketika Mandikan Jenazah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hubungan Kekal Baik, Nadeera Zaini Nafi Ada Konflik Dengan Bekas Pengurus - “Dia Sendiri Lepaskan…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
03/08/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Hubungan Kekal Baik, Nadeera Zaini Nafi Ada Konflik Dengan Bekas Pengurus - “Dia Sendiri Lepaskan…”
Penyanyi, Nadeera Zaini menepis dakwaan berlaku perselisihan faham dengan bekas pengurusnya yang dikenali sebagai Acap sehingga bertukar pengurus baharu.
Jelas Nadeera, pertukaran tersebut dilakikan secara profesional dan hubungan mereka masih baik.
“Pengurus saya sebelum ini, Acap, sebenarnya seorang komposer. Waktu itu saya cuma minta dia bantu uruskan kerjaya saya sementara sebelum jumpa individu yang benar-benar sesuai.
“Bila saya jumpa pengurus yang lebih sesuai dan dia sendiri pun percaya, Acap sendiri lepaskan dengan rela hati untuk fokus kepada kerjaya hakikinya iaitu bikin muzik,” kongsinya.
Bercerita mengenai pengurus baharunya, Nadeera berkata keputusan untuk bekerjasama dengan seorang pengurus wanita banyak memudahkan urusan terutamanya ketika berada di luar kawasan atau bekerja di lokasi luar
“Kalau isu saya dan pengurus lama bergaduh itu memang tidak benar, kami sudah berbincang dan segalanya berlaku bukan tiba-tiba.
“Lagi pun pengurus saya sekarang seorang wanita. Bila sama jantina, lebih mudah untuk kami urus banyak benda apatah lagi bila ‘out station’. Tak perlu minta dua bilik. Bila jadi apa-apa, lebih senang sebab kami sebilik untuk bantu apa-apa. Lebih memudahkan begitu,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Pengurus
#Nadeera Zaini
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement