Usahawan popular, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadza Anuar telah menyumbangkan penghawa dingin mudah alih (portable) kepada pihak hospital yang memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.

Menurut Vivy, dia sendiri telah menghubungi beberapa hospital untuk bertanya tentang keperluan mereka.

Perkara itu dikongsi Vivy menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Selepas pihak hospital dan sukarela melakukan pelbagai perkara yang menakjubkan, saya dan Fadza merasakan kami harus lakukan sesuatu.

"Saya hubungi pihak hospital dan bertanya tentang keperluan mereka, kami membuat keputusan untuk menyumbang beberapa penghawa dingin mudah alih dari pihak semua individu di Fashion Valet.

"Beberapa penghawa dingin telah dihantar ke Hospital Serdang, Insya-Allah lebih banyak peralatan menyusul selepas ini," tulis Vivy sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Vivy turut menulis kata-kata penghargaan buat semua kaki tangan hospital yang terlibat dalam usaha merawat pesakit COVID-19.

"Kita berada di luar rumah selama dua minit pun boleh merungut, bayangkan mereka kepanasan memakai sut hospital yang menutupi tubuh dari kepala ke kaki.

"Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana telah berbakti kepada masyarakat, saya rasa bangga menjadi sebahagian dari masyarakat yang mengambil berat antara satu sama lain," tambahnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Vivy, rata-rata meninggalkan respon positif dengan memuji usaha murni usahawan tersebut.

After learning about the amazing things that hospital staff/volunteers are doing, @fadzaanuar and I felt the need to do something. I reached out to ask what equipments they need and decided to contribute some portable airconds for them, in the name of everyone at FV. These were delivered today to Hospital Serdang, and Insyaallah more to come. We are seeing how to contribute to other hospitals combatting covid19 too, lots of FV people are interested to help! We complain how hot it is outside after 2 minutes of being outside, can you imagine what they go through wearing the whole hospital suit covered from head to toe. Thank you for all that you do for society, so proud to be a part of a community that cares and loves for one another. ❤ (Thank you @syedzainalsmt for helping me reach out and Kak Noordini for liaising for me) #covid19

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on


Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!