HIBURAN
Dua Hari Sebelum Birthday, Ruhainies Terlantar Di Hospital - "Listen To Your Body..."
Pelakon jelita Ruhainies berkongsi keadaan kesihatannya yang dimasukkan ke hospital dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya akibat demam panas yang berlarutan selama tiga hari.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Ruhainies meluahkan rasa syukur apabila kini berada dalam fasa pemulihan selepas menerima rawatan daripada pasukan perubatan yang berdedikasi.
“Admitted just 2 days before my birthday after 3 tough days battling a bad fever. Grateful to be on the road to recovery now. Alhamdulillah. Huge thanks to the amazing doctors and nurses who took such good care of me,” tulisnya di kapsyen.
Ruhainies turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap kesihatan diri sendiri dan menitikberatkan gaya hidup sihat.
“To everyone out there, stay hydrated, take care of your health, and listen to your body. Health truly is wealth,” tambahnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan selebriti yang mendoakan agar Ruhainies segera sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Dalam foto yang dimuat naik, pelakon Hello Mr. Perfect itu turut kelihatan ceria meskipun berada di atas katil hospital.
Untuk rekod, Ruhainies meraikan ulang tahun kelahiran ke 33 tahun ini pada 27 Julai 2025.
Must-Watch Video