VIRAL
Tak Serik! Baru Hilang Emas, Prince Syed Tayang Perhiasan Bernilai RM3.2 Juta Pula
Baharu sahaja kehilangan barang kemas, personaliti mesia sosial, Prince Syed seakan-akan tidak serik apabila menayangkan perhiasan berlian berjumlah RM3.2 juta yang dipakai oleh isterinya.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Prince Syed berkongsi isterinya memakai barang kemas itu dipadankan dengan busana rekaannya yang bertakhtakan batu dari Swarovski yang bernilai RM75,000.
“Wife menyarungkan perhiasan Diamond & Rose Quartz bernilai RM3.2 juta sahaja dan baju bertakhtakan Swarovski bernilai RM75,000 untuk ke Piala Jasmin Hajar.
“Saya buat baju ni dalam tempoh sehari sahaja last minit sebab saya busy sangat, cepat-cepat saya jahit dalam tempoh sehari,” katanya.
Rata-rata netizen memuji kecantikan isteri Prince Syed dan beranggapan warna yang digayakan itu sesuai dengan wanita tersebut.
Sebelum ini, Prince Syed tampil membuat beberapa laporan polis berhubung insiden kecurian, gangguan privasi dan hasutan terhadap perniagaan milik diri dan isteri.
Must-Watch Video