Pelakon Farah Ahmad berkongsi cerita mengenai pengalamannya yang mimpikan arwah suaminya, pengarah Pitt Hanif selepas 165 hari pemergiannya.

Menurut Farah, peluang 'bertemu' suaminya itu merupakan sesuatu yang cukup berharga buat dirinya.

Semalam 167. Hari ini rindu 168 hari. Selepas 165 hari @pitthanif muncul kembali dalam mimpi menyampaikan di mana kita tak tahu maknanya, tapi yang penting awak seperti dulu masih ingat kita dengan cara awak.

"Banyak-banyak beg awak amik beg selepang hijau kain guni kita dan awak nak isi ####. Punyalah Farah tak nak bangun tidur sebab memang lepas rindu, terjaga je, Farah tidur balik dan ia bersambung..haha..kelakar macam kita berdua gak," ceritanya menerusi satu entri di Instagram.

Semalam 167 Hari ini rindu 168 hari. Selepas 165 @pitthanif muncul kembali dalam mimpi menyampaikan di mana kita tak tahu maknanya tapi yang penting awak seperti dulu masih ingat kita dengan cara awak.Banyak2 beg awak amik sling bag hijau kain guni kita dan awak nak isi ####. Punyelah farah xnak bangun tidur sb mmg lepas rindu, terjaga jer farah tidur balik dan ianya bersambung hahah kelakar mcm kita bdua gak hahah. Ya Allah bangun tidur senyum. Biarlah kalau ada akan kata mimpi hanyalah mainan tidur tp aku pandang ini manis Allah nak bagi kat aku. Awak rindunya... Sedar2 rupanya tertidur dgn telengkung bagai hahahah... Ya Allah terima kasih atas hadiah ini. Orang sekarang dok pertikai pos makanan itu ini la kesian org yg xde... Oh my.. take a positive side my sister & brother. Cuba fikir bila korang pos gambar dgn suami ke anak2 pos gambar dgn mak bapak ker x pulak korang terasa bagi isteri yg xde suami anak2 xde mak bapak dan sebagainya. Apa plak perasaan mereka. Fikir positif bila nampak kebahagian org kenapa tidak kita alhamdullilah kan dan mohon Allah memberi sedikit kemanisan pada kita juga. Kerana Allah itu sifatnya ADIL. Kawal nafsu kita & think positif Ada org kata mimpi orang dah meninggal sebab dia rindu akan doa kita. Allahu tidak pernah tinggal doa buatmu walaupun sesaat. Apa yang dilakukan selalu ingatan awak ada bersama. Buat video buat itu ini sb mmg dari dulu awak ada tp skrg yg tukang jadi tangan record @mhiadiva tukang kemas2 @0.168cm tukang all around @lil_thia hhehe semua anak2 awak pembawa semangat. Maaf tidak dapat rezeki menziarahi rumah baru awak tp insyallah bila tiba masanya akan farah kemas yer rumah awak . Skrg hanya mampu myampai segala amalan dari rumah sahaja. Awak malam ni dah masuk Malam Nifsu Sya'aban .. Awak .... rindu . AL-FATIHAH MOHD FIRDAUS BIN MOHD HANIF❤❤❤ . #prayforpitthanif #mrmrspitt #iflife #tottiespoppies #coretansikerinting

A post shared by Farah Ahmad MrMrs Pitt ❤ (@ifarahahmad) on


Biarpun hanya bertemu dalam mimpi, kata Farah, sedikit sebanyak ia dapat melepaskan rasa rindu yang selama ini terbuku.

"Ya Allah, bangun tidur senyum. Biarlah kalau ada mimpi mainan tidur, tapi aku pandang ini manis Allah nak bagi kat aku. Awak...rindunya.

"Sedar-sedar rupanya tertidur dengan telekung bagai...hahah. Ya Allah terima kasih atas hadiah ini," coretnya yang turut berkongsi gambar sewaktu pernikahan mereka.

Terdahulu, Pitt atau nama sebenarnya Mohd. Firdaus Mohd. Hanif ditemui mati lemas sewaktu keluar memancing di Sungai Jelai, Pahang pada Oktober lalu.

BACA: “Jenazah Telah Ditemui Dalam Keadaan Yang Elok” – Pitt Hanif Telah Ditemui

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan tiga anak perempuan yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun.