VIRAL
Pemenang Dua Pingat Emas Olimpik Maut Jatuh Sewaktu Mendaki
Pemenang dua pingat emas temasya Olimpik dan tujuh kali dunia, Laura Dahlmeier dilaporkan meninggal dunia dalam satu insiden sewaktu mendaki di gunung di Karakoram, Pakistan.
Dahlmeier yang merupakan atlet biathlon musim sejuk yang sudah bersara meninggal dunia pada usia 31 tahun, ujar kenyataan dikeluatkan pengurusann German Olympic Sports Confederation (DOSB).
Atlet Jerman yang memiliki sijil mendaki dan mahir dalam aktiviti tersebut dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan terhempas di celah batu pada ketinggian 6,069 kaki daripada paras laut, lapor CNN Sports.
Kerja mencari Laura giat dijalankan selepas rakan yang mendaki bersamanya, Marina Eva memberikan signal kecemasan selepas insiden berlaku.
Bagaimanapun pasukan pencarian berdepan masalah kerana cuaca buruk dan penglihatan yang terhad.
“Dahlmeier adalah seorang idola dan telah memberi inspirasi buat ramai atlet. Kami amat terkejut dengan berita ini dan kematianny terlalu awal untuk seorang atlet yang hebat.
“Kami di DOSB dan seluruh penggiat sukan Jerman amat berdukacita dengan kehilangan Laura Dahlmeier,” ujar Presiden DOSB, Thomas Weikert.
Dahlmeier mencipta sejarah apabila menjadi atlet wanita pertama yang memenangi pingat emas dalam dua acara biathlon 2018 Winter Olympics di PyeongChang, Korea Selatan.
Mendiang bersara daripada sukan tersebut pada usia 25 tahun pada 2019.
Must-Watch Video