Komentar yang ditulis penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura di laman Instagram InTrend pada Isnin telah mencetuskan kemarahan netizen.

Ning yang tampil mengulas mengenai situasi sekumpulan kanak-kanak tidak berselipar yang ditahan pihak berkuasa hingga disifatkan netizen kurang sensitif.

Menerusi komen terbabit, Ning difahamkan cuba berseloroh bersama barisan selebriti lain yang turut menulis komen masing-masing.

. Haaaa....tahu takut! Tu lah kan kerajaan dah cakap duduk rumah, ni merayau-rayau, bahaya tau. Kasihan pun ada. Harap lepas ni serik ya ????❤️ . Sumber: Facebook

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on


"Apa fasal mak bapa mereka kasi keluar.

"Miskin budak-budak ni selipar pun takda," tulis Ning disertai emoji ketawa.



Bagi segelintir pihak, komen yang ditulis Ning itu tidak wajar apatah dalam situasi sekarang.

"Tak baik cakap macam tu. Lupa artis mana pernah miskin?" tulis salah seorang pengguna.

"Apabila T20 berkata-kata," sahut pengguna lain.

"Sedih baca komen kau. Kaya boleh beli kesihatan ke? Boleh beli kebahagiaan ke?" soal pengguna lain pula.

"Berlagaknya bercakap, sekali Allah tarik nikmat. Kot ye pun berduit jangan hina orang," tambah pengguna lain.

"Apa kata Ning sedekahkan selipar buat budak-budak tu. Ada juga pahala kan," cadang salah seorang pengguna pula.








Selain Ning, video itu mendapat perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Sian, kelakar pun ada. Tu lah! Duduk kat rumah dik oi!" tulis Siti.



Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!