Pelakon yang juga ikon fesyen, Wak Doyok membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat diraja Johor atas tindakannya menggunakan lambang peribadi institusi diraja berkenaan ketika menempah sebentuk cincin.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd. Azwan Md. Nor, 41, berkata, perkara tersebut terjadi disebabkan kekhilafannnya mengenai protokol istana.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak sembah takzim dan mohon ampun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.

"Salam kemaafan saya panjatkan juga kepada bangsa Johor yang saya muliakan.

"Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

"Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta usrah Diraja," tulisnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun kemajlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya. Salam Kemaafan saya panjatkan juga kepada Bangsa Johor yang saya muliakan. Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta Usrah Diraja. @tunku_idris ?? Daulat Tuanku ?? Wassalaam

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on


Terdahulu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim menuntut penjelasan Wak Doyok menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Dalam posting tersebut Tunku Idris berkongsi paparan gambar yang memaparkan sebentuk cincin yang menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

@wakdoyok care to explain? This is against the law. Goodluck @carozofficial

A post shared by Idris Iskandar Al-haj (@tunku_idris) on


Sebelum ini, Johor mula menguatkuasakan Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Enakmen tersebut memperuntukkan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah milik Diraja untuk tujuan pekerjaan, persendirian atau perdagangan.



Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Wak Doyok di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!