gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bukan Niat Nak ‘Tunggang’ Isu Kesusahan Hidup Dharma, A Aida Ikhlas Nak Bantu - “Saya Rasa Diri Dah Cukup Dikenali”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Scha Nuril Tak Serik Bertanding Tapi Nak ‘Pause’ Dahulu - “Masuk Pertandingan Ni Memang Penat..”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Darling Syukur Diberi Peluang Tunjuk Bakat Hingga Minggu Keenam - “Dari Minggu Kedua Saya Dah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kongsi Foto Bersama, Fasha Sandha Anggap Sajat Hebat Sampai Siti Nurhaliza Sebut Nama Atas Pentas - “Kita Tak Layak Menghukum…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
28/07/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Foto Bersama, Fasha Sandha Anggap Sajat Hebat Sampai Siti Nurhaliza Sebut Nama Atas Pentas - “Kita Tak Layak Menghukum…”
Pelakon Fasha Sandha berkongsi foto bersama personaliti media sosial, Nur Sajat sebaik sahaja selesai menonton konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Singapura baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, Fasha meluahkan rasa syukur apabila dapat bertemu Sajat yang dilihat seorang figura hebat sehingga Siti Nurhaliza menyebut namanya di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik Bas Ke Singapura Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Fasha Sandha Dipuji Netizen - “Figura Humble Patut Jadi Contoh”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Saya Pergi Umrah Kali Ini, Saya Akan Pakai Macam Lelaki” - Sajat

“Alhamdulillah sempat jumpa supermodel @nursajatkamaruzzaman lepas konsert. Hebatnya Sajat sampai Tokti pun sebut on stage nama Sajat yang terbang dari Australia.
“Mesti ramai yang rindukan celoteh manja @nursajatkamaruzzaman kan?” kongsi Fasha.
Pada perkongsian yang sama, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini turut berharap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk Sajat.
“Jom kita sama-sama doakan agar Sajat sukses walau di mana dia berada dan kerjayanya. Kita tidak layak menghukum sebab kita semua ada khilaf masing-masing.
“Doa yang baik-baik agar hal baik juga akan terjadi untuk kita,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Fasha Sandha
#Nur Sajat
#Datuk Seri siti Nurhaliza
#sajat
#Konsert Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement