gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Scha Nuril Tak Serik Bertanding Tapi Nak ‘Pause’ Dahulu - “Masuk Pertandingan Ni Memang Penat..”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Darling Syukur Diberi Peluang Tunjuk Bakat Hingga Minggu Keenam - “Dari Minggu Kedua Saya Dah…”
RANCANGAN
GMW Giveaway: Konsert Raise The Star Malaysia Minggu Separuh Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Sweet La, Baru Jumpa Bapa Kawan Sekerja” - Fattah Amin Minta Ibu Komen Video TikTok Amira Othman

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
28/07/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
“Sweet La, Baru Jumpa Bapa Kawan Sekerja” - Fattah Amin Minta Ibu Komen Video TikTok Amira Othman
Perkongsian video penyanyi Amira Othman di akaun TikTok miliknya yang memperlihatkan pelakon Fattah Amin berjumpa dengan bapanya menarik perhatian peminat mereka.

Bapa Amira Othman

Ketika bersiaran langsung di TikTok, Fattah menunjukkan video tersebut kepada ibunya dan meminta pendapat mengenai perkongsian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Habis Shooting, Saya Perasan Ada…” – Bell Ngasri Kongsi Keadaan Fattah Amin Ketika Shooting Di New Zealand

Ibu Fattah iaitu Azizah Abdul Ghani menganggap ia hanya sekadar pertemuan bapa kepada rakan sekerja anaknya.

“Sweet la, baru jumpa bapa kawan sekerja. Boleh pula abang long jumpa kawan ayah kawan sekerja. Baik kawan ayah sekerja datang jumpa abang long.

“Itulah namanya kawan sekerja. Bukan anak saja kawan sekerja, bapa pun boleh jadi kawan dah. Kawan sekerja bawa bapa dia jumpa abang long,” katanya.

Eratkan silaturahim

Dalam pada itu, ibu Fattah turut berpendapat perjumpaan anaknya dengan bapa Amira untuk mengeratkan lagi silaturahim antara mereka.

“Biasalah, kita nak kenal-kenal… jumpa-jumpa. Nak eratkan silaturahim. Mestilah ayah dia tanya macam mana anak saya kerja,” katanya lagi.

Sebelum ini, Amira memuat naik video di TikTok memperlihatkan Fattah berjumpa bapanya dengan berlatar belakangnya lagi Jatuh Cinta Lagi.
Rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja dan menganggap Amira seperti memberi bayangan mengenai hubungan mereka yang kini semakin rapat.
@monalizajantan Video Viral🤣🤣 #fattahamin #ibuazizah #intan #amiraothman #rakansekerja cr live: @Fattah Amin ♬ original sound - Ummi Mona
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Amira Othman
#Kak Long
#Abang long
#Ibu Fattah
#Bapa Amira Othman
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement