Tindakan pendakwah bebas PU Syed Bakri Al Yahya menyeru Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menapis akaun pelakon Fara Mendoza mencetuskan ketegangan antara kedua-dua pihak.
PU Syed beranggapan bahawa akaun Instagram pelakon filem Keranda Tok Wan Terbang itu telah tersimpang jauh dari landasan Islam.
"Terlalu bebas adalah sangat berbahaya, seperti pemilik akaun ini yang dikatakan menggunakan sosmed untuk memperagakan sesuatu yang sangat mengaibkan bagi seorang wanita Islam.
"Mohon pihak kerajaan bertegas kepada golongan ini, jangan biarkan maksiat yang terang-terangan muncul dan bermaharajalela.
"Lagi dahsyat maksiat ini dipertontonkan kepada khalayak. Bayangkan jika followersnya ada yang mengikut jejak langkahnya!!? Bukankah ia lebih bahaya dari virus Covid-19?" tulisnya berserta paparan skrin akaun Fara.
Bagaimanapun, teguran itu mengundang rasa tidak puas hati Fara justeru menghubungi PU Syed untuk menegur dengan cara lebih berhemah dan bukan mengaibkannya.
"Apa masalah kau? Kau berdakwah sekali pun tak payah nak kacau orang ar. Nak menegur pun ada adab. Ustaz jenis apa kau ni kerja mengaibkan orang!
"Woi nak tegur ada cara, tapi kau tegur aku di khalayak ramai itu memalukan aku musibat! Kau menghina aku.
"Aku seksi ke apa itu urusan aku dengan Allah! Faham. Kau tak payah sibuk nak jadi malaikat catat dosa aku.
"Tugas menegur kau batak perhatian. Post IG sana sini! Batak nak glamor," tulis Fara menerusi kiriman mesej langsung kepada PU Syed yang turut didedahkan kepada umum.
Fara dalam pada itu turut mengemaskini akaun Instagramnya yang beranggapan mencari kesalahan orang lain adalah petanda hati rosak.
"Kau bukan ustaz tapi kau baru nak start," tulisnya.
Amri Hassan
Mon May 11 2020
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Orang Kaya Dubai Memang Next Level, Angkat Kenderaan Pakai Bot, Main Jet Ski Pasca Banjir
Dunia barangkali melihat banjir yang melumpuhkan bandaraya Dubai sebagai sebuah bencana.
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu