Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik gambar rayanya bersama kereta baru jenama Porsche.

Gambar berkenaan dimuat naik di Instagramnya semalam.

Menerusi gambar tersebut Safawi kelihatan segak berbaju kurta sambil bersandar di kereta baru berwarna merah.

"Selamat hari raya maaf zahir batin, #kitajagakita #semogaistiqomah," katanya ringkas sebagai kapsyen.

Gambar berkenaan kemudian mencuri tumpuan pengikut Instagramnya yang teruja melihat kereta baru bintang bola sepak itu.



Malah, ada juga yang membuat tekaan mengenai harga kereta tersebut.

Menerusi Berita Harian, meskipun tidak begitu jelas mengenai model kereta terbabit, dipercayai kereta raya Safawi itu adalah Porsche Cayman 987.

Malah, menerusi semakan di Internet, harga baharu model tersebut sekitar RM515,000 sehingga RM612,000 ketika mula memasuki pasaran Malaysia pada 2009.

Bagaimanapun, disebabkan sudah dianggap 'lama', nilai jentera terbabit ketika ini hanyalah sekitar RM103,000 sehingga RM320,000.


SHRMZB . #kitajagakita #semogaistiqomah

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on