HIBURAN
Hael Husaini Dah Ada ‘Plan’ Lebarkan Sayap Ke Indonesia - “Antara Projek Yang Dirancang Ialah…”
Penyanyi dan komposer, Hael Husaini kini dalam perancangan untuk melebarkan sayap seni ke Indonesia selepas persembahannya di Konsert Rossa: Here I Am baru-baru ini menjadi tular.
Hael, 38, berkata, sambutan hangat yang diterima selepas konsert tersebut membuka peluang yang lebih luas untuknya berkarya dan berkolaborasi dengan rakan artis serta komposer dari negara seberang.
“Selepas menjayakan persembahan di Konsert Rossa baru-baru ini, Alhamdulillah persembahan itu mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
“Pasukan Rossa menerima banyak panggilan yang meminta saya untuk muncul di sana. Saya kira ini adalah masa yang terbaik untuk saya lebarkan sayap.
“Insya-Allah, sudah beberapa projek telah dirancang. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan artis dan komposer dari Indonesia. Harap semuanya dipermudahkan,” katanya.
Dalam pada itu, Hael memberitahu, antara projek dalam perancangannya termasuklah menyanyikan semula karya dari seberang selain ada juga buah tangan terbaharu hasil kolabrasi dengan pemuzik Indonesia.
“Antara projek yang dirancang ialah saya akan menyanyikan lagu-lagu dari Indonesia, manakala penyanyi Indonesia pula akan menyanyikan lagu saya.
“Selain itu, akan ada juga buah tangan terbaharu, lagu baru dan juga lagu yang dinyanyikan semula.
“Bila projek itu akan siap dan dilancarkan, saya akan maklumkan dari masa ke semasa. Mohon semua doakan yang terbaik,” ujarnya.
Must-Watch Video