Pelakon yang sedang meningkat naik, Muhammad Shah Radhi Hazvee menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram (IG) miliknya gara-gara didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Sebelum ini, kecoh apabila pelakon lelaki berusia 23 tahun ditahan polis ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Kali terakhir memuat naik sekeping swafoto (selfie) di laman Instagram miliknya sehari yang lalu, netizen mula menyerang ruangan komen Shah Hazvee.

Malah, ada juga yang mengaku tidak mengenali Shah Hazvee walaupun sudah tiga tahun dia berada dalam industri seni.




Terdahulu, pengurus kepada pelakon tersebut, Leana Sharif menepis dakwaan mengenai isu aktor tersebut bersama bekas pengurusnya seperti yang dihebahkan.

BACA: "Shah Hazvee Larikan Isteri Orang Itu Adalah Tidak Benar & Bercanggah" - Pengurus