Pelakon Nabila Razali menyifatkan pengalamannya 'terkucil' ketika membuat persembahan secara langsung dalam sebuah program televisyen baru-baru ini sebagai satu insiden yang memalukan.
Begitupun, katanya, dia mengakui apa yang berlaku itu disebabkan oleh kesilapan yang datang daripada dirinya sendiri.
"Itulah yang berlaku pada saya minggu lepas. Saya buat video ini bukan untuk menegakkan benang yang basah. Seperti yang korang tengok, it was so embarassing (ia sangat memalukan). Saya kesal dengan apa yang berlaku.
"Selepas saya nilai semula video itu, saya kurang warm up, tak jaga makan sepanjang PKP, saya lama tak buat persembahan. Jujur saya cakap malam itu malam paling gementar buat saya.
"Saya tahu ramai yang meletakkan harapan yang tinggi, tapi saya gagal dalam cubaan pertama saya," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.
Di sebalik insiden itu, kata Nabila, dia berasa terkilan apabila menerima kritikan yang teruk daripada netizen yang menghentam persembahannya menyanyikan lagu Peluang Kedua itu.
"Kebanyakan komen yang diterima sangat kejam..sangat kasar. Korang boleh tengok sendiri di media sosial saya.
"Sampaikan saya terfikir bagaimana mereka dibesarkan sampai sanggup guna ayat kasar sebegitu kepada orang yang mereka tak kenal.
"Kepada yang nak komen tu, komenlah dengan cara berhemah sebab komen anda menggambarkan keperibadian anda," ujarnya.
Walau apa pun, kata Nabila insiden itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus pergi lebih jauh.
Bahkan, katanya, dia yakin sentiasa ada ruang buatnya untuk memperbaiki kekurangan diri.
"Kita pun manusia biasa juga yang tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Cuma, kesilapan kami ini ditonton oleh jutaan orang. Jadi, janganlah asyik nak menghukum.
"Segala komen positif dan negatif saya terima dengan hati terbuka. Saya jadikan iktibar pada masa akan datang. Selepas apa yang berlaku ini juga, buat saya sedar siapa kawan kita sebenar," katanya.
Sebelum ini, Nabila terkucil ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Peluang Kedua di program Mega Raya Ria.
BACA:Kena Hentam Netizen Selepas Nyanyian Terkucil, Nabila Razali Salahkan Diri Sendiri
Ekoran insiden tersebut, Nabila menerima kecaman teruk daripada netizen.
Saksikan drama lakonan Nabila Razali di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
ZULHILMI JALIL
Wed Jun 03 2020
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.