gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perjalanan Terhenti! Giliran Ayiena & Maria Affendi Ucap Selamat Tinggal
HIBURAN
Seloroh 'Abang Aji Pasha', Ayda Jebat & Tribut Keybordist Antara Momen Terindah Konsert Orkestra Ungu!
KELUANG MAN
Ramai Puas Hati Layan Keluang Man Di Astro First - “Tujuh Kali Tengok Kat Wayang, Sambung Kat Rumah Pula!”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Kata Tak Sihat Tapi ..." - Aloy Paradoks Dedah Pernah Gugurkan Pelakon Kerana Menipu, Tegas Soal Disiplin Teater

Amri Hassan
Amri Hassan
13/07/2025
11:50 MYT
Sponsor Banner
"Kata Tak Sihat Tapi ..." - Aloy Paradoks Dedah Pernah Gugurkan Pelakon Kerana Menipu, Tegas Soal Disiplin Teater
Pelakon dan pengarah teater, Aloy Paradoks berkongsi pengalaman tidak menyenangkan ketika mengarahkan sebuah pementasan teater yang melibatkan sekumpulan pelajar.
Katanya, insiden itu melibatkan seorang pelakon wanita yang bersikap tidak jujur dan cuba mengelak daripada komitmen latihan.
Menurut Aloy, pelakon terbabit mendakwa dirinya tidak sihat dan tidak dapat hadir ke sesi latihan. Namun apa yang berlaku ternyata bertentangan dengan alasan yang diberikan.

“Saya terima alasannya dan teruskan latihan seperti biasa. Tapi selesai sesi, saya ternampak dia sedang lepak di sebuah restoran berhampiran lokasi latihan.

“Tanpa tunggu lama, saya maklumkan wataknya digugurkan daripada pementasan. Saya memang sukar bertolak ansur dengan sikap seperti itu. Dalam teater, disiplin sangat penting,” katanya.
Aloy menjelaskan bahawa pendekatan tegas ini perlu diambil demi menjaga integriti produksi. Dia turut menambah bahawa setakat ini belum pernah berdepan masalah serupa dengan artis profesional.
“Kalau melibatkan artis profesional, mereka lebih berterus terang. Mereka akan maklum awal jika ada komitmen kerja lain. Itu lebih saya hargai,” katanya lagi.
Kini, Aloy terlibat sebagai pelakon dalam produksi Persiapan Seorang Aktor (PSA) yang bakal dipentaskan di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) dari 17 hingga 20 Julai ini.
Menyentuh cabaran membawakan watak dalam naskhah ini, Aloy berkongsi pengalaman melakonkan dua karakter utama secara serentak, iaitu Saddiq Saufy dan Hamlet, yang memerlukan penghayatan mendalam.
“Cabarannya adalah mendalami dua watak ini secara serentak. Tanpa sedar, saya sedang ‘hidup’ sebagai dua individu berbeza.
“Itu antara perkara mencabar selain menyampaikan dialog panjang dengan penuh rasa dan tetap kelihatan bersahaja.
“Ia sukar, terutama bila menggunakan bahasa baku tetapi perlu disampaikan dengan lancar dan tidak kaku,” katanya.
Persiapan Seorang Aktor menyelami perjuangan seorang pelakon dalam menelusuri makna, kejujuran dan obsesi terhadap kesempurnaan dalam dunia lakonan. Kisah ini menggambarkan aspirasi seorang pelakon lelaki untuk bukan sahaja menjadi yang terbaik di Malaysia, tetapi juga mengatasi kehebatan tokoh legenda pentas dari seluruh dunia.
Tiket bagi pementasan ini sudah mula dijual dan boleh dibeli menerusi laman www.onetix.com.my pada harga RM58, RM78 dan RM98.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Teater
#Menipu
#Aloy Paradoks
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement