YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra menafikan dakwaan pihaknya menetapkan bayaran yang tinggi sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya, menurut M. Sugu, 29, dia dan isterinya, S. Pavithra, 28, sebolehnya tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan di televisyen.
"Sekarang ini kami tidak henti-henti menerima permintaan daripada orang untuk menemu bual dan tawaran untuk buat program masakan. Sebenarnya, kami tidak mempunyai pihak pengurusan untuk uruskan. Semuanya diuruskan sendiri.
"Jadi, jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga. Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendesak mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu.
"Walhal, sebolehnya, kami tidak mahu terlibat dengan program di televisyen," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Sugu lagi, dia dan isteri hanya merancang untuk memberikan fokus kepada penghasilan video masakan di saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra sahaja selepas ini.
"Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah.
"Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa," jelasnya.
Terdahulu, seorang pengendali program di sebuah stesen televisyen mendakwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.
Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya yang menyifatkan bayaran itu setanding dengan bayaran cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.
BACA: "Gaji YouTube Pertama Saya RM900 Sahaja, Siapa Yang Kata Saya Dah Terima Beribu-ribu Itu Tipulah" - Sugu Pavithra Mampu Buat 4 Video Seminggu
Bahkan, Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA: Sugu Pavithra Nak Masak Untuk Semua Jiran Gunakan Barangan Asas Yang PM Bagi
Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.
Bahkan, pasangan itu juga dilaporkan sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa selepas suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberikan fokus kepada penghasilan video.
BACA: Selepas Suami Berhenti Kerja, Sugu Pavithra Pindah Rumah Baharu - "Dia Banyak Kena Ambil Cuti Untuk Teman Interview"
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
ZULHILMI JALIL
Fri Jun 19 2020
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.
Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”
Usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu raya nya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.