Isteri kepada kekasih pelakon Fatin Afeefa mendedahkan sudah hampir tiga tahun pasangan ini menjalinkan hubungan bersama.
Dakwa isteri lelaki tersebut, Fatin dikatakan pernah menghubunginya sendiri menangis teresak-esak berjanji untuk tidak lagi mengganggu rumah tangganya tetapi itu hanya dusta semata-mata.
BACA: Tak Serik, Fatin Afeefa Didakwa Jalin Hubungan Dengan Suami Orang Lagi
"Fatin bersama suami saya atas dasar nak hidup mewah dan kepuasan nafsu saja selama tiga tahun ini. Awal-awal dulu suami saya ada beli sebuah kereta Mercedes tapi saya tarik balik sebab beli atas nama syarikat.
"Tapi selepas setahun, Fatin ada beli kereta Audi yang didaftarkan atas nama dia sendiri. Tapi saya percaya suami saya yang bayar untuk down payment.
"Saya pernah jumpa bank statement dan resit-resit pembelian barang mewah seperti cincin dan beg tangan. Saya percaya barang-barang tersebut dibeli untuk Fatin.
"Sewa rumah pun mesti suami saya tolong bayarkan juga. Tu yang Fatin bersungguh-sungguh nak saya pergi.
"Dia pernah hubungi saya tahun lepas kononnya dia tak akan jumpa suami saya lagi tapi itu semua drama.
"Saya percaya dia berpindah ke Kuala Lumpur setelah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghubunginya berhubung laporan yang saya buat.
"Kalau suami saya tak datang, dia akan ugut. Selalunya dia akan cakap nak bunuh diri, dia kelar tangan macam dulu. Takpun dia tawar diri untuk buat apa saja," dakwanya kepada Gempak.
Dakwa isteri kepada lelaki tersebut lagi, pelakon drama Red Velvet itu ada membuat satu akaun palsu untuk menyuruhnya bercerai dengan suami.
"Fatin ada buat satu akaun palsu lepastu direct message (DM) saya untuk tinggalkan suami saya. Dia kata suami saya jelas sukakan dia, kalau tak hubungan mereka tak kekal sampai tiga tahun.
"Dalam mesej tu juga Fatin kata saya tak perlu meroyan sebab dah tau suami penipu baik angkat kaki dan jalan. Tak perlu untuk bersama lagi.
"Dia pandai nasihat saya tapi diri sendiri tak sedar. Kalau betul suami saya sukakan dia, dah lama tukar agama (convert) dan kahwin dengan dia," dakwanya lagi.
Dalam pada itu, tegas isteri kepada lelaki tersebut, sebab utama dia masih mempertahankan mahligai yang dibina adalah kerana anak-anak.
"Saya ada tiga orang anak yg masih kecil lagi. Sejujurnya saya cukup kecewa dan terkilan dengan tindakan suami saya itu.
"Saya pernah lari dari rumah malah pernah juga ambil tindakan mahkamah ke atas suami, laporan polis juga ada.
"Saya pernah balik kampung dan anak-anak ditinggalkan dengan suami sebab mereka masih bersekolah. Selepas dua minggu keadaan mereka dah tak terurus.
"Kalau saya bawa mereka sekali lepastu suami tak bagi nafkah macam mana persekolahan dan nasib anak-anak saya?
"Memang saya sentiasa terfikir untuk keluar bekerja dan hidup bersama anak-anak sahaja namun saya takda keluarga sendiri di Kuala Lumpur.
"Kalau ada senang juga, boleh tumpangkan anak-anak kat rumah keluarga sementara keluar bekerja.
"Kalau saya pentingkan diri macam mereka, saya tak perlu fikir anak-anak. Saya boleh saja angkat kaki dan keluar dari rumah.
"Tapi saya tak sampai hati nak buat macam tu sebab saya tau anak-anak akan menjadi mangsa. Takkan saya nak tinggalkan mereka hidup tak tentu hala kan?
"Bercerai bukan satu proses yang cepat, ianya rumit dan mengambil masa serta melibatkan wang yang banyak," kata ibu kepada tiga orang anak itu.
Tahun lalu, nama Fatin Afeefa pernah dikaitkan dengan kontroversi selepas terdapat netizen yang menemui foto panasnya bersama lelaki itu.
BACA: Didakwa Kembali Jalin Cinta Dengan Suami Orang, Ini Penjelasan Terakhir Fatin Afeefa!
BACA: Dikatakan Akan Berkahwin Kali Kedua, Fatin Afeefa Didakwa Masih Keluar Dengan Suami Orang
Fatin merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak.
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 dan bercerai pada 2017.
Zulaikha Yusof
Wed Jun 24 2020
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.