"Saya teman ayah pergi bank untuk keluarkan wang belanja buat saya sambung belajar, tapi duit dalam akaun hanya ada RM50 sahaja..ayah menangis."

Itu antara momen yang masih kuat dalam ingatan Ameem, salah seorang peserta Suara Viral setiap kali mengenangkan pengorbanan arwah ayahnya membesarkan dirinya bersama 12 adik-beradik yang lain.

Lebih menyentuh hati, kata Ameem, atau nama sebenarnya Abdul Hamim Suleiman, ayahnya kemudian memberikan semua wang yang ada di dalam poketnya untuk digunakan sebagai duit belanja buatnya ketika di kampus.

"Ayah saya dah pencen sebagai penghulu masa tu. Hanya ada duit pencen sahaja selain keadaan kesihatannya juga tidak mengizinkan, tapi dia tetap bawa saya ke bank dalam keadaan sakit," katanya.

Cerita Ameem, ayahnya kemudian meninggal dunia selepas beberapa bulan pergi menghantarnya menyambung pengajian di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 2007.

"Kalaulah arwah ayah masih ada, mesti dia bangga dengan saya sekarang. Ayahlah yang banyak beri sokongan dengan apa sahaja yang saya lakukan.

"Dialah yang akan suruh saya menyertai mana-mana pertandingan menyanyi," katanya yang memberitahu ayahnya, Suleiman Omar meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit.

Justeru, kata Ameem, konsert mingguan keempat malam ini, lagu yang dinyanyikan nanti didedikasikan khas buat arwah ayah yang banyak berkorban buat dia sekeluarga.

Bertemakan Kenangan Lalu Mengusik Jiwa, Ameem bakal menyampaikan lagu Kelmarin nyanyian asal Seventeen.

sedikit sedutan rehearsal saya untuk minggu ke 4 suara viral.. saya akan menyanyikan lagu "kemarin" yang penuh syahdu ini untuk anda semua.. lagu ni di tujukan untuk Arwah bapa saya haji suleiman.. semoga Arwah bapa sy tenang di Sana ?? AL-FATIHAH @astrogempak @officialriax @sinar_my #sinar #sinarfm #astrogempak #suaraviral #teamameem #teamabambotak #SVameem #suaraviral2020

A post shared by Ameem.suaraviral (@ameem.suaraviral) on




Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.

A post shared by Ameem.suaraviral (@ameem.suaraviral) on