Seringkali kita dimomokkan dengan pemahaman bahawa bahagian badan yang tiba-tiba lebam kerana digigit makhluk halus.

Namun, tahukah anda ia sebenarnya tiada kaitan pun dengan kejadian mistik atau gangguan makhluk halus?

Berkongsi teori sebenar terjadinya lebam pada anggota badan, seorang pegawai perubatan Shah Al Muslim di Twitternya memberitahu gejala terbabit terjadi disebabkan badan kurang vitamin C.

"Bila gejala begini terjadi, ianya adalah petanda yang badan anda kekurangan vitamin C.

"Bukan sebab kena kacau dengan makhluk halus. Kesian dorang kena fitnah selama ni.

"Akibat kekurangan Vitamin C, tubuh akan kekurangan nutrien dan ia akan menjadikan tubuh lebih lemah dalam beberapa aspek.

"Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan dan ia boleh meningkatkan daya tahan tubuh malah membantu dalam proses pemulihan," kongsinya.

Tambah Shah, beberapa perkara akan berlaku kepada tubuh manusia sekiranya kekurangan vitamin C iaitu:

1. Penyakit Kudis

Salah satu penyakit yang boleh berlaku akibat kekurangan vitamin C adalah penyakit kudis. Antara gejalanya adalah mudah mendapat lebam, pendarahan dan sakit sendiri serta otot.

Anda perlu mengamalkan pengambilan suplemen yang kaya dengan vitamin C dan yang pastinya, makan lebih banyak makanan sebenar yang kaya dengan nutrien ini.

2. Keletihan, Kurang Tenaga Yang Boleh Menyebabkan Masalah Tekanan.

Vitamin C berfungsi untuk menguatkan tulang. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penurunan berat badan secara drastik, jadi tidak hairanlah jika individu yang kekurangan vitamin C lebih cenderung mengalami keletihan berpanjangan, kurang tenaga dan sering mengalami stress!

3. Kulit Lebam

Bila tubuh kekurangan vitamin C, ia lebih mudah terlihat melalui perubahan pada kulit. Biasanya, kulit akan lebih mudah menjadi lebam dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Malah, keadaan luka ringan juga akan lambat pulih secara semula jadi menunjukkan seseorang itu memerlukan pengambilan vitamin C yang lebih banyak.

4. Sakit Sendi

Jika anda sering sakit sendi, ia mungkin petanda yang anda kekurangan vitamin c! Malah sakit kudis yang parah juga boleh menyebabkan pendarahan dalam sendi, yang menjadikan rasa sakit yang amat!

5. Pendarahan Gusi, Gigi Tanggal, atau Gingivitis

Vitamin C sgt diperlukan untuk menghasilkan kolagen.

Sekiranya Vitamin C kurang dlm tubuh badan, maka kolagen yang diperlukan untuk membangun & memelihara jaringan gigi & gusi tentu saja tak boleh dipenuhi & menyebabkan gigi menjadi rapuh!

6. Perubahan Suasana Hati

Hati-hati, akibat kekurangan vitamin C anda mungkin mengalami mood yang sering berubah, mudah beremosi dan cepat melenting!

7. Anemia

Anemia merupakan tanda lain dari berkemungkinan dari kekurangan vitamin C.

Individu yang kekurangan vitamin C juga mudah jatuh sakit kerana sistem kekebalan tubuhnya yang semakin lemah.

Jadi, anda harus sentiasa amalkan makanan sumber vitamin c setiap hari ya!
Seeloknya makanlah buah yang tinggi vitamin C. Tak perlu beli supplements.
Sebab kebanyakan semua tunjuk 500-1000mg. Sedangkan badan kita cuma perlukan 70-90mg saja dalam sehari. Selebihnya akan dinyahbuang.

Sumber: Twitter Shah Al Muslim