gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Pusing Satu Shopping Mall Di Malaysia Boleh Cecah 12,000 Langkah
VIRAL
Menara Marina Pinnacle Di Dubai Terbakar, 3,800 Penghuni Dipindah
GAYA HIDUP
5 Cara Bergaya Dengan Converse 1908 Supaya Nampak Old School Tapi On Point
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Norman Hakim Buat Ucapan Istimewa Sempena Hari Ibu - “Kepada Isteri Dan Mantan Isteriku…”

gempak
Khairil Khusyairi
11/05/2025
08:50 MYT
Sponsor Banner
Norman Hakim Buat Ucapan Istimewa Sempena Hari Ibu - “Kepada Isteri Dan Mantan Isteriku…”
Pelakon, Norman Hakim membuat ucapan istimewa kepada isteri dan bekas isterinya iaitu Memey Suhaiza dan Abby Abadi sempena Hari Ibu hari ini.

Norman Hargai Ibu

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Norman menghargai pengorbanan kedua-dua insan penting itu kepada anak-anaknya selama ini.
“Selamat Hari Ibu buat dua wanita hebat yang telah melahirkan dan membesarkan enam permata hidup saya.

“Kepada isteri & mantan isteriku, ibu-ibu kepada anak-anakku, saya menghargai setiap pengorbanan, kasih sayang dan doa kalian yang tidak pernah putus untuk anak-anak kita,” coretnya.

Tambah Norman lagi, dia berharap Memey dan Abby sentiasa bersama dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Walau dilanda gempa bumi, taufan & badai, ingat janji-janji kita yang kita akan sentiasa bersatu dalam satu misi; menjadi ibu dan bapa terbaik untuk zuriat kita.
“Sekali lagi terima kasih kerana menjadi ibu yang luar biasa. Semoga kasih kalian terus menjadi cahaya yang membimbing anak-anak menuju masa depan yang penuh rahmat & kebaikan in shaa Allah,” tutupnya.
Untuk info, Norman dan Abby pernah mendirikan rumah tangga sebelum bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Danisha.
Selepas itu, Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada tahun 2015, manakala Norman berkahwin buat kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Abby Abadi
#Memey Suhaiza
#Norman Hakim
#Hari Ibu
#Istimewa
#Ucapan
#Keluarga.
Must-Watch Video