Semalam rakyat Malaysia digemparkan dengan kes membabitkan suami Youtuber masakan terkenal yang dikenakan tahanan reman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Gara-gara kejadian berkenaan, ramai yang menganggap kes tersebut membabitkan pasangan S. Pavithra dan suaminya, M. Sugu.

Malah, akaun YouTube rasmi mereka Sugu Pavithra dilihat telah mula dipenuhi dengan komen daripada netizen.

Rata-rata netizen terkejut dengan laporan tersebut dan menganggap kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Biarpun ada yang mengecam tindakan buruk berkenaan, namun dalam pada masa ramai juga yang yang memberi semangat khususnya kepada Pavithra.

“Stay strong Pavithra” kata seorang pengguna YouTube.

“Please make this YouTube channel for Puan Pavithra only,” kata seorang lagi pengguna.

Anda boleh lihat antara komen dan reaksi netizen di bawah.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang Selasa, suspek dikatakan dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

Suspek kemudian direman bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

BACA: Didakwa Cederakan Isteri, Suami YouTuber Masakan Terkenal Direman 3 Hari?