Selepas lapan minggu bersiaran, konsert Suara Viral melabuhkan tirainya sebentar tadi.

Pentas akhir itu juga menyaksikan peserta Farah diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan empat peserta lain di belakangnya.

Farah atau nama sebenarnya, Farah Noorasikin Abdul Rahim, 32, berjaya mencuri hati juri selepas membuat persembahan memukau dengan nyanyian lagu Surrender nyanyian asal Celion Dion dan Paku (Ara Johari).

Farah yang bertugas sebagai Lans Koperal Angkatan Tentera Malaysia itu membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua pula milik Ameem yang merupakan seorang eksekutif pemasaran.

Sementara itu, Boy yang merupakan seorang kru teknikal audio berada di kedudukan tempat ketiga.



Pada konsert akhir tadi juga menyaksikan anggota polis, Soffwany tersingkir di pusingan pertama sekaligus tidak melayakkan dirinya untuk meneruskan persembahan di pusingan kedua.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert akhir Suara Viral beserta komen daripada para juri:


#1 FARAH : 93.82%
Surrender (Celine Dion) & Paku (Ara Johari)

"Saya dah jadi penggemar awak dari minggu lepas..dah jatuh hati. Awak teruskan menyanyi okay. Awak ada suara unik dan power. Awak lepaskan semua note lagu dengan sedap untuk didengar." - Datuk Awie



#2 AMEEM: 90.78%
Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) & Jodoh Pasti Bertemu (Afgan)

"My god..awak sangat bagus. Saya cuba pejam mata tadi tanpa lihat fizikal, saya mendengar suara awak. Saya dapat rasa perasaan itu. The star is born". - Misha Omar



#3 BOY: 85.65%
Lebih Sempurna (Syamel) & Drama (Drama Band)

"Awak memang dilahirkan sebagai seorang anak band. Awak ada memiliki gaya itu. Kalau saya tengok awak, saya akan jadi pembeli." - Akim Ahmad



#4 BELLA: 83.55%
Rentakku (Jaclyn Victor) & Semakin (Siti Sarah)

"Satu persembahan yang seronok. Awak rileks dan cuba menghayati lagu ini untuk awak lontarkan perasaan awak."- Datuk Awie



#5 SOFFWANY: 37.62%
Sexiest (Anita Sarawak)

"Saya suka dengan persembahan dan nyanyian awak sebab penuh dengan warna. Cuma nampak pergerakan awak agak kaku. Lagu-lagu begini perlu satu karakter yang kuat." - Akim Ahmad


Kesemua persembahan itu diadili oleh dua juri tetap, Misha Omar dan Akim Ahmad selain seorang juri jemputan, Datuk Awie.

Lapan juri duduk rumah iaitu Idayu, Zulin Aziz, Bob Yusof, Sissy Iman, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Sudyr, Nizam turut menilai persembahan para peserta.

Dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama, Suara Viral dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Marsha Milan Londoh.





Ia merupakan program realiti pertama yang mengetengahkan bakat-bakat nyanyian dalam kalangan frontliners.

Bagi mereka yang terlepas menonton konsert akhir Suara Viral, anda boleh saksikan secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.