Penyanyi Nabila Razali memilih penyanyi rap MK (K-Clique) sebagai hero sekaligus rakan duet bagi video muzik lagu Peluang Kedua versi baru.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, pemilihan MK adalah tepat memandangkan dia seorang yang sangat mudah bekerjasama.

“Sebenarnya lama juga kami mencari hero untuk video muzik ni. Ramai nama yang muncul dan sesuai tapi dalam ramai-ramai tu, MK paling mendapat perhatian.

“Dia boleh menyanyi rap dan beri aura baru kepada lagu asal jadi pada saya, MK adalah pilihan yang tepat” ujar Bella kepeda Gempak.

Nabila ditemui ketika majlis pelancaran video muzik Peluang Kedua versi baru yang diadakan di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya sebentar tadi.

Tambah Bella, dia bersyukur apabila buah tangan terbarunya ini menjadi juara di semua carta-carta radio, streaming termasuk Carta RIM.

“Alhamdulillah, selepas lama menunggu akhirnya siap juga video muzik Peluang Kedua. Pada awal perancangan, video muzik ini sepatutnya dilancarkan sekali dengan tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan kami terpaksa menangguhkan penggambaran.

“Saya anggap ada hikmah di sebalik ujian tu,” katanya lagi.

Video muzik Peluang Kedua telah menjalani penggambaran selama dua hari di Cameron Highland, Pahang.