Pelajar serta YouTuber, Veveonah Mosibin meluahkan rasa kecewanya terhadap dakwaan mengatakan video dia mengambil peperiksaan di atas pokok Jun lalu adalah palsu.

Luahan tersebut dibuat menerusi satu posting terbaru di Facebooknya.

Menurut Veveonah, dia agak sedih kerana telah sedaya upaya berusaha untuk menjawab peperiksaan secara atas talian ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

“Saya tak sangka video itu viral, namun kini saya sekali lagi viral tapi dalam impak yang tidak baik.

“Saya tak tahu nak berdepan dengan komen negatif di media sosial. Menyakitkan.

Tambah Veveonah, dia juga tidak menyimpan dendam kepada orang ramai yang selama ini memberi komen berbaur penghinaan.

“Saya maafkan apa yang kesalahan orang ramai terhadap saya, tapi saya perlu berlaku adil juga pada diri sendiri.

“Terima kasih kepada mereka yang masih sokong,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen mendoakan supaya Veveonah terus cekal untuk berkongsi video menarik di YouTube.

Untuk rekod, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video bertajuk 24 Hours On Tree Challenge di YouTube, Jun lalu.

Video berdurasi kira-kira 11 minit itu menunjukkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk menjawab kertas peperiksaan disebabkan capaian internet yang lemah.

Walaubagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul mendakwa video tersebut adalah palsu.

BACA: BACA: Hanya Untuk Nama & Konten YouTube, Kisah Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Disahkan Palsu

BACA: “Saya Memohon Maaf Kepada Adik Veveonah Mosibin” - Datuk Zahidi Zainul